PUTRAJAYA, 12 OKTOBER 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menerima Kunjungan Hormat daripada YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan bersama delegasi seramai 11 pegawai dari Kementerian Kewangan pada 12 Oktober 2026 (Isnin).
Kunjungan ini bertujuan memberikan penerangan mengenai fungsi, peranan dan hala tuju strategik NFCC, termasuk aspek penyelarasan, kerjasama antara agensi serta pengurusan maklumat, data dan aset bagi memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah kewangan di Malaysia.
Kunjungan selama satu jam ini berakhir pada jam 11.00 pagi dengan persetujuan untuk memperkukuh kolaborasi dan kerjasama antara Kementerian Kewangan dengan NFCC.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Khamis 29 Oktober 2026, 03:55:47.