PUTRAJAYA, 7 September 2026 - Memperkasakan keupayaan perisikan digital dalam mendepani ancaman jenayah kewangan siber yang semakin kompleks. Seramai 23 orang pegawai dari Bahagian Penyelidikan Strategik (BPS), Bahagian Operasi Bersepadu (BOB), dan Bahagian Integrasi dan Tadbir Urus Aset Rampasan (BITARA) telah melengkapkan sesi Latihan Dalaman yang memfokuskan kepada pemahaman ekosistem Dark Web.
Latihan ini bukan sahaja merungkai perbezaan antara Surface Web, Deep Web, dan Dark Web, malah turut melatih para pegawai menggunakan teknik Open-Source Intelligence (OSINT) bagi menjejak aktiviti kewangan haram yang berselindung di sebalik medium tersembunyi.
Menerusi bedah siasat kajian kes serta penekanan terhadap pemikiran analitikal dan amalan keselamatan terbaik, para peserta kini lebih bersedia untuk mengumpul maklumat secara strategik dan menghasilkan gambaran risikan yang jitu. Inisiatif berterusan ini mencerminkan komitmen jabatan untuk sentiasa proaktif dan selangkah di hadapan dalam mematahkan sebarang ancaman jenayah kewangan di ruang digital!
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Khamis 29 Oktober 2026, 03:55:47.