๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐ - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan latihan menembak bagi meningkatkan kesiapsiagaan, kemahiran pengendalian senjata api serta disiplin pegawai.
Latihan ini diketuai oleh Ketua Pengarah NFCC, YBhg. Datoโ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, bersama Timbalan Ketua Pengarah NFCC, Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, pengarah kanan serta pegawai-pegawai NFCC dan turut melibatkan penyertaan pegawai-pegawai daripada SPRM.
Penganjuran latihan ini merupakan inisiatif NFCC untuk memperkukuh kecekapan, kesiapsiagaan dan profesionalisme pegawai, di samping mengukuhkan kerjasama strategik serta koordinasi operasi antara agensi dalam usaha membanteras jenayah kewangan secara lebih berkesan dan bersepadu.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya