Select your language

Select your language

Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Select your language

Soalan Lazim
Image
Image
Image

MAJLIS PERASMIAN KAMPUNG ANGKAT MADANI NFCC 2026 & MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SEKOLAH ANGKAT MADANI & ARKIB KOMUNITI

Parit, Perak , 12 Sept 2026 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah merasmikan Kampung Angkat MADANI NFCC 2026 di Kampung Lengkuas, Parit, Perak, yang disempurnakan oleh Ketua Pengarahnya, YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil bersama Pegawai Daerah Perak Tengah serta barisan kepimpinan tempatan. 

Program berteraskan pendekatan whole of government ini membawakan pelbagai penambahbaikan kemudahan asas seperti menaik taraf masjid, dewan, jalan kampung, pemasangan lampu solar, dan pembinaan mercu tanda baharu untuk kesejahteraan penduduk. 

Majlis turut dimeriahkan dengan Karnival Sekolah Angkat MADANI & Arkib Komuniti bagi memupuk usaha mendokumentasikan sejarah serta warisan setempat melalui jalinan erat antara sekolah, kerajaan, dan komuniti. 

Di samping itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap ancaman penipuan dalam talian dan segera menghubungi talian respons scam 997 jika menjadi mangsa.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 29 Oktober 2026, 03:55:47.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

481915
Today: 245