Select your language

Select your language

Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Select your language

Soalan Lazim
Image
Image
Image

PERKASA KERJASAMA STRATEGIK SPRM-NFCC DALAM MEMBANTERAS JENAYAH KEWANGAN

ππ”π“π‘π€π‰π€π˜π€, πŸ‘ π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” - Ketua Pengarah NFCC, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abd Halim Aman di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Pertemuan ini merupakan pertemuan pertama antara Ketua Pengarah NFCC dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 13 Mei 2026.

Pertemuan ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam mempertingkatkan usaha membanteras jenayah kewangan melalui perkongsian data, kepakaran serta penggunaan teknologi analitik.

Melalui pendekatan ini, keupayaan risikan dapat dipertingkatkan melalui analisis data yang lebih menyeluruh, seterusnya menyokong proses siasatan yang lebih efisien dan berimpak tinggi. Selain itu, ia turut memperkukuh keberkesanan tindakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu antara agensi berkaitan dalam menangani pelbagai bentuk jenayah kewangan.

Usaha ini juga selaras dengan pendekatan Whole of Government yang menekankan sinergi dan kerjasama rentas agensi, bagi memastikan sistem penguatkuasaan negara bergerak secara lebih tersusun, responsif dan efektif. Inisiatif ini diyakini mampu memperkukuh integriti sistem keselamatan negara serta memberi impak positif terhadap kesejahteraan dan keyakinan rakyat.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 10 Ogos 2026, 04:01:04.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

425782
Today: 232