Putrajaya, 20 Julai 2026 - NFCC telah menganjurkan program ceramah khas yang disampaikan oleh Puan Zainab Binti Haji Tambol, Ketua Penolong Pengarah (Subkluster Kesejahteraan Psikologi), Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA.
Program ini bertujuan memberi dedahan mengenai kepentingan pengurusan tekanan, pemulihan emosi, serta strategi mewujudkan keseimbangan antara tuntutan kerja dan kehidupan (work-life balance).
Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja NFCC atas penyertaan yang amat menggalakkan. Diharapkan panduan yang dikongsikan dapat menyumbang ke arah pembentukan persekitaran kerja yang lebih sihat, produktif dan harmoni.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya