Kuala Terengganu, 6 OKTOBER 2026 – Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil telah hadir sebagai tetamu khas dalam sesi temu bual di RTM Terengganu (Terengganu FM) bagi membincangkan peranan serta langkah-langkah “Advokasi Jenayah Kewangan dan Peranan NFCC”.
Sesi khas ini memberi fokus utama terhadap fungsi NFCC dalam menyelaraskan strategi pembanterasan jenayah kewangan menerusi jalinan kerjasama erat bersama pelbagai agensi penguatkuasaan. Dalam perkongsian tersebut, beliau turut mengetengahkan pelbagai modus operandi jenayah kewangan terkini di samping menekankan kepatuhan dan kesedaran berterusan agar masyarakat sentiasa berwaspada dan tidak terjebak dengan penipuan kewangan.
Ketibaan Dato’ Sri telah disambut mesra oleh Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu, Puan Noriza binti Salleh, sebagai simbolik sokongan padu terhadap jalinan kerjasama strategik antara RTM Terengganu dan NFCC dalam memperluaskan penyampaian mesej kesedaran anti-jenayah kewangan kepada masyarakat khususnya di liputan Zon Timur.
Penggunaan platform radio terus dimanfaatkan secara optimum sebagai saluran utama penyampaian maklumat dan advokasi kepada awam, selaras dengan komitmen NFCC untuk mendedahkan maklumat pencegahan serta memperkasakan benteng kewaspadaan masyarakat di kawasan Zon Timur.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Khamis 29 Oktober 2026, 03:55:47.