Select your language

Select your language

Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Select your language

Soalan Lazim
Image
Image
Image

PROGRAM RAKAN RANCANGAN PUTRA FM: PENYELARASAN NFCC BERSAMA JSJK, PDRM DAN FBMK, UPM

SERI KEMBANGAN, 30 JULAI 2026 - Program Rakan Rancangan (Siri 3) terbitan Putra FM dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Perdana Menteri, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM, serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM telah berlangsung dengan jayanya. Sesi perkongsian kesedaran awam ini menampilkan Supt. Nur Asrul bin Ariff, Ketua Unit Siasatan Jenayah Hartanah JSJK PDRM, yang membincangkan trend terkini serta modus operandi sindiket penipuan atas talian yang semakin berleluasa.

Dalam perkongsian tersebut, beliau mendedahkan bagaimana sindiket kini gemar menggunakan elemen emosi dan ketakutan untuk menakutkan mangsa melalui pelbagai ugutan. Selain mengenal pasti tanda-tanda awal penipuan dan menggunakan saluran semakan rasmi, beliau turut menegaskan bahawa tindakan pantas mangsa membuat aduan dalam tempoh 24 jam pertama amat kritikal bagi membantu pihak berkuasa menyekat tindakan sindiket.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti siaran ini menerusi FM90.7 dan FB Live Putra FM. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam meningkatkan kesedaran terhadap jenayah penipuan dalam talian. Ingat, kekal tenang, semak dahulu sebelum bertindak,jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya!

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 10 Ogos 2026, 04:01:04.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

425782
Today: 232