MIRI, 22-25 Sept 2026 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) buat julung kalinya menganjurkan Program Retreat Anggota Lembaga Penasihat (LP) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (JKE) yang bertujuan untuk memperkukuh kerjasama 24 agensi penguat kuasa dalam memerangi jenayah kewangan sejajar dengan Pelan Strategik NFCC 2025-2027.
Dirasmikan oleh Peguam Negara merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat NFCC, YBhg.Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, program yang berlangsung selama empat hari ini menjadi platform wacana strategik dan interaktif antara Anggota LP dan ahli JKE bagi menangani trend jenayah kewangan semasa.
Antara pengisian program adalah termasuk Sesi Wacana Strategik, Mesyuarat JKE Bil. 3/2026, pembentangan dari agensi penguat kuasa bertemakan “Penguatkuasaan Berpaksikan Data: Data is King”, serta sesi dialog dan meja bulat antara Anggota LP dan AHli JKE NFCC, dan Mesyuarat Lembaga Penasihat Bil. 3/2026.
Selain perbincangan strategik, delegasi turut mengadakan lawatan kerja ke Taman Negara Niah sebelum melabuhkan tirai dengan program penanaman pokok bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) sebagai simbolik sinergi serta kerjasama yang berterusan.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Khamis 29 Oktober 2026, 03:55:47.