Select your language

Select your language

Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Select your language

Soalan Lazim
Image
Image
Image

SEMINAR PSIKOLOGI ANJURAN JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2026

29 & 30 September 2026 – Seminar Psikologi Jabatan Perdana Menteri Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari pada 29 hingga 30 September 2026 bertempat di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Majlis perasmian Peluncuran Prototaip Early Navigation Indicator for Gemini
Monitoring Assesment (ENIGMA-AI) dan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri. 

 NFCC telah menerima Sijil Pengiktirafan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai 2.0 Terbaik bagi Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pengiktirafan tersebut merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi NFCC serta mencerminkan komitmen dan usaha berterusan organisasi dalam memastikan pelaksanaan pengurusan nilai dilaksanakan dengan baik.

Seminar ini merupakan satu platform bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada warga perkhidmatan awam berkaitan kepentingan kesejahteraan psikologi dalam kehidupan dan persekitaran kerja, khususnya dalam mendepani perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), pengurusan emosi, keseimbangan kerjaya dan keluarga, pengurusan kewangan, kesejahteraan mental serta penghayatan kerohanian.

Secara keseluruhannya, seminar ini memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada peserta dalam memahami kepentingan kesejahteraan psikologi secara menyeluruh, di samping meningkatkan kesedaran mengenai keseimbangan antara teknologi, emosi, kerjaya, kewangan, mental dan kerohanian.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 29 Oktober 2026, 03:55:47.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

481915
Today: 245