Putrajaya, 2 Oktober 2026 - Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, telah menerima kunjungan daripada pempengaruh dan aktivis, Caprice, dalam satu sesi perjumpaan ringkas di NFCC.
Sesi sembang santai ini menjadi ruang perkongsian pandangan dan pertukaran idea berkaitan isu jenayah kewangan, kesedaran masyarakat serta kepentingan memperkukuh usaha advokasi dalam kalangan masyarakat terhadap ancaman jenayah kewangan.
NFCC amat mengalu-alukan ruang kolaborasi dan perkongsian strategik bersama pelbagai pihak dalam usaha dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah kewangan.
Bersama-sama, kita cegah jenayah kewangan. Ingat, semak dahulu sebelum klik.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Khamis 29 Oktober 2026, 03:55:47.