Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

4th Malaysia Tax Policy Forum (MTPF)

Putrajaya, 11 Jun - YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah menghadiri 4th Malaysia Tax Policy Forum (MTPF) anjuran International Strategy Institute (ISI) bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya pada 11 Jun 2024 (Selasa). Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr Nizom bin Sairi, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum ini manakala Ucaptama dan Perasmian forum MTPF telah dilakukan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan.
 
Forum ini diadakan bertujuan untuk merungkai keseimbangan antara peningkatan hasil kerajaan dan menjaga kepentingan pengguna, selain memastikan pemahaman yang lebih mendalam tentang implikasi ekonomi dasar yang lebih luas. Dengan menghimpunkan gabungan pelbagai penggubal dasar, pakar industri dan pihak berkepentingan dalam forum ini, ISI berhasrat untuk memupuk pandangan yang boleh membimbing evolusi dasar cukai Malaysia ke arah ekuiti, kecekapan dan pertumbuhan yang lebih tinggi.

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara

Cyberjaya, 10 Jun - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBrs. Ts. Dr. Fazidah Binti Abu Bakar, Ketua Pengarah Digital di Jabatan Digital Negara, Cyberjaya.
Tujuan lawatan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama dua hala antara agensi selain daripada membincangkan mengenai beberapa perkara antaranya mengenai pengukuhan perjawatan bagi skim Pegawai Teknologi Maklumat dan Pegawai Data Sains di NFCC bagi tujuan pengoperasian National Financial Intelligence Sistem (NFIS) untuk penyelidikan jenayah kewangan dan perancangan pembangunan sistem aset yang sedang diusahakan.

Kunjungan Hormat kepada Pengarah Negeri LHDNM Sabah

Sabah, 6 Jun - Pengarah Bahagian yang diwakili oleh Tuan Nordin bin Ibrahim, bersama Pegawai Kanan NFCC, telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBrs. Tuan Azrul Hisham bin Shamsudin, Pengarah Negeri LHDNM Sabah.
 
Kunjungan Hormat ini diadakan bagi membincangkan cadangan kerjasama antara NFCC dan LHDNM berkaitan jenayah kewangan di Negeri Sabah.

Kunjungan Hormat kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu

Sabah, 6 Jun - Tuan Nordin bin Ibrahim, Pengarah Bahagian mewakili NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC, telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Hj Sabin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
 
Kunjungan Hormat ini diadakan bagi membincangkan berkenaan tentang strategik dan cadangan kerjasama pameran Anti-Scam serta jenayah penipuan kewangan dalam talian di Negeri Sabah.

Program Integriti dan Governans Cyberview Sdn Bhd

Putrajaya, 4 Jun - YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC diundang sebagai speaker Program Integriti dan Governans oleh pihak Cyberview Sdn Bhd yang telah diadakan pada 4 Jun 2024 (Selasa). Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Cyberview.
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendorong Cyberview supaya lebih prihatin tentang peranan dalam menggerakkan Agenda Integriti agar selari dengan objektif Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 16 April 2026, 00:06:14.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

348597
Today: 1,009