Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Data antara NFCC dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Sabah, 5 September - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama beberapa Pegawai Kanan NFCC telah hadir bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Data antara NFCC dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di Bangunan Ibu Pejabat DBKK.
 
Majlis menandatangani nota kerjasama ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama antara NFCC dan DBKK melalui perkongsian data yang lebih efisien, bagi menyokong usaha bersama dalam menangani jenayah kewangan. Kerjasama ini membolehkan NFCC dan DBKK berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pembangunan bandar, dan pemantauan aktiviti kewangan yang mencurigakan di Kota Kinabalu. Dengan adanya akses kepada maklumat dan data yang lebih menyeluruh, kedua-dua pihak dapat meningkatkan keberkesanan dalam penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan jenayah kewangan di peringkat bandar.

Taklimat Pengenalan Mengenai Fungsi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) kepada Pegawai SPRM Sabah

Sabah, 5 September - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama beberapa Pegawai Kanan NFCC telah membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Pengarah SPRM Sabah. YBhg. Dato' Sri Ketua Pengarah NFCC telah menyampaikan Taklimat Pengenalan Mengenai Fungsi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) kepada Pegawai SPRM Sabah di Pejabat SPRM Sabah.
 
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi, peranan, dan struktur organisasi NFCC kepada SPRM. Selain itu, melalui pertemuan ini dapat mengekalkan hubungan kerjasama antara NFCC dan SPRM dalam usaha memerangi jenayah kewangan melalui perkongsian maklumat, data, dan penyelidikan.

Perbarisan & Perarakan Kontinjen Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Sempena Hari Kebangsaan 2024

Putrajaya, 31 Ogos - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menghantar Kontinjen Perbarisan & Perarakan bersempena Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 31 Ogos 2024 di Dataran Putrajaya, Putrajaya.
 
Kontinjen NFCC terdiri daripada wakil daripada pelbagai Jabatan/Agensi yang merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif NFCC iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), PERHUTANAN, Suruhanjaya Tenaga (ST), Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
 
Selain itu, perbarisan dan perarakan Kontinjen NFCC pada Hari Kebangsaan ini diserikan lagi dengan perarakan kereta berhias yang berslogankan National Scam Respons Centre (NSRC) atau Pusat Respons Penipuan Kebangsaan bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat umum mengenai talian pantas 997 yang boleh dihubungi sekiranya terlibat dengan jenayah penipuan kewangan.
#JiwaMerdeka#MalaysiaMadani#JanganKenaScam

Latihan & Persiapan Kontinjen Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Sempena Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan 2024

Putrajaya, 22 Ogos - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menghantar Kontinjen Perbarisan & Perarakan bersempena Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 31 Ogos 2024 di Dataran Putrajaya, Putrajaya.
 
Sesi latihan ini telah melibatkan wakil daripada pelbagai Jabatan/Agensi yang merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif NFCC iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), PERHUTANAN, Suruhanjaya Tenaga (ST), Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
 
Selain itu, NFCC telah bekerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam penubuhan National Scam Response Scam Centre (NSRC) yang bertindak sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian.
Latihan perbarisan ini telah berlangsung selama 6 hari dengan kerjasama dan komitmen yang jitu diberikan daripada setiap urusetia dan peserta dalam melakukan persiapan menjelang pada Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2024.

Kunjungan Hormat daripada Anti-Corruption Agency (ACA) dan General Prosecutor’s Office Republic of Uzbekistan

Putrajaya, 21 Ogos - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa barisan Pegawai Kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Republic of Uzbekistan itu diketuai oleh Pengarah ACA, Dr. Akmal Burkhanov, dengan diiringi oleh Member of Parliament, Chairman of the Committee of the Legislative Chamber of Oliy Majlis on Anti-Corruption and Judicial Affairs, Mr. Jakhongir Shirinov; dan First Deputy Head of the Department for Combating Economic Crimes under the General Prosecutor’s Office, Mr. Inoyat Shukurov. 

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara negara Malaysia dan Uzbekistan dalam menangani jenayah kewangan. Selain itu, melalui kunjungan hormat ini juga agensi dapat berkongsi idea dan trend jenayah kewangan yang berlaku di dalam negara serta mempelajari amalan terbaik untuk mencegah dan menangani jenayah kewangan.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 08 September 2025, 03:28:32.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

180557
Today: 456