Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

InvestSmart®️ Fest 2024

Kuala Lumpur, 11-13 Oktober - Anjuran program InvestSmart Fest 2024 oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menjemput Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dalam bekerjasama bagi memberi penerangan kepada orang awam tentang jenayah penipuan kewangan.
 
Selain itu, program ini dianjurkan bertujuan bagi memperkasakan orang ramai untuk menjadi pelabur yang bijak. Sesi ceramah, perbincangan panel dan sembang unggun api bersama pakar industri terkemuka juga telah berlangsung dalam berkongsi pandangan mereka tentang pasaran modal Malaysia dan peluang pelaburan yang ditawarkannya.
 

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC ke atas SPRM Cawangan Sandakan

Sandakan, 11 Oktober - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama beberapa Pegawai NFCC telah membuat kunjungan hormat ke SPRM Cawangan Sandakan. Rombongan ini disambut oleh YBrs. Tuan Azman Indus, Ketua Cawangan SPRM Lahad Datu, yang turut menjalankan tugas sebagai Ketua Cawangan SPRM Sandakan. YBhg. Dato' Sri Ketua Pengarah NFCC telah memperkenalkan fungsi, peranan, dan struktur organisasi NFCC kepada Pegawai SPRM Cawangan Sandakan.
 
Pertemuan ini juga dapat mengekalkan hubungan kerjasama antara NFCC dan SPRM dalam usaha memerangi jenayah kewangan melalui perkongsian maklumat, data, dan penyelidikan.

Kunjungan Hormat daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Selangor

Putrajaya, 30 September - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah menerima Kunjungan Hormat daripada pihak ANGKASA Selangor yang diwakili oleh YBhg. Dato' Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Selangor.
 
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai potensi kerjasama antara ANGKASA Selangor dan NFCC dalam memerangi jenayah kewangan, termasuklah aktiviti kewangan yang tidak sah melibatkan koperasi.
 
Selain itu, bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan dan fungsi NFCC dalam memerangi jenayah kewangan serta bagaimana pihak ANGKASA dapat berkolaborasi untuk memastikan koperasi di bawah naungannya bebas daripada kegiatan jenayah kewangan. Tambahan pula, bagi mengukuhkan sistem integriti dalam operasi koperasi dengan panduan daripada NFCC, serta memastikan sistem kewangan koperasi lebih telus dan berintegriti.

Program Madani Rakyat 2024 Sarawak

Miri, 27-29 September - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah terlibat dalam Program Madani Rakyat 2024, sebagai pempamer reruai bagi Jabatan Perdana Menteri. Dalam program ini, NFCC memperkenalkan inisiatif kerajaan, iaitu National Scam Response Centre (NSRC).
 
Di reruai NFCC, pengunjung berpeluang untuk mendapatkan maklumat mengenai modus operandi jenayah penipuan terkini serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri mereka.
Penglibatan NFCC dalam program ini untuk menekankan pentingnya kesedaran awam dalam menangani jenayah penipuan kewangan.
 
Selain itu, NFCC juga menawarkan sesi interaktif di mana pengunjung dapat mengenali tanda-tanda penipuan. Program ini bukan sahaja memberikan pengetahuan tetapi juga membina kemahiran praktikal dalam menilai situasi berisiko.
 
Dengan penglibatan NFCC dalam Program Madani Rakyat, diharapkan kesedaran tentang jenayah penipuan kewangan dapat dipertingkatkan, dan masyarakat dapat bersatu dalam melawan jenayah penipuan yang semakin bahaya.

Fifth Plenary Meeting of the Global Operational Network of Anti-Corruption Law Enforcement Authorities (GlobE Network)

Beijing, 26 September - GlobE Network continued on the third day with the next agenda, which is the first session voting for the selection of committees such as Chairman, Deputy Chairman and GlobE Network Steering Committee members for the next term. Before this voting session took place, the Director General of the NFCC, YBhg Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil met with the leaders and representatives of the delegation from the competing countries to express full support for their desire to become the GlobE Network Steering Committee. For information, the countries of Saudi Arabia and Brazil have been voted without contesting as Chairman (Saudi Arabia) and Deputy Chairman (Brazil) of the GlobE Network Steering Committee for the next term.

 

This third day session also held a discussion forum on the title Joint Investigative Team (JIT) which discussed the functionality of the JIT as a tool to deal with corruption cases and the assistance available from organizations in different countries to strengthen and operate the JIT.


In the afternoon, continue with the second voting session for the election of the GlobE Network Committee for the next term. Malaysia, represented by YBhg Dato' Shamshun Baharin bin Mohd Jamil has conducted voting to select the countries that can carry out the responsibilities as the new GlobE Network committee.
After that, a bilateral meeting between the Malaysian delegation led by the Director General of the NFCC and the Director General of the Financial Intelligence Unit (FIU) of Madagascar, Mamitiana Rajaonarison. At this meeting, the two countries have shared about the functions and roles of their respective organizations in addition to offering help with the necessary training in financial intelligence.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 08 September 2025, 03:28:32.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

180563
Today: 462