Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Sesi Temubual Bersama Akhbar Utusan Malaysia Mengenai NSRC

NFCC, 21 Ogos - YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah menerima jemputan untuk Sesi Temubual Bersama Akhbar Utusan Malaysia Mengenai NSRC di Bilik Mesyuarat Al Amin.
 
Hasil dari sesi temubual ini telah berlangsung, NFCC berhasrat untuk menyampaikan maklumat yang jelas dan terperinci kepada orang ramai mengenai kewujudan dan peranan NSRC dalam menangani kes penipuan di Malaysia. Ini termasuk menerangkan jenis-jenis penipuan yang sering berlaku dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh masyarakat. Sesi ini juga bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan tanggungjawab NSRC sebagai Pusat Respon Penipuan Kebangsaan yang ditubuhkan khusus untuk menangani isu-isu penipuan secara berkesan. Ini termasuk bagaimana NSRC beroperasi, rangkaian kerjasama dengan agensi lain, dan cara NSRC agar dapat membantu mangsa-mangsa penipuan.

Kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR)

Putrajaya, 20 Ogos - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) di Bilik Mesyuarat Al-Amin.
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi menyampaikan maklumat mengenai misi, visi, dan aktiviti PAKAR kepada NFCC. Selain itu, mengadakan perbincangan mengenai strategi dan inisiatif anti-rasuah, serta berkongsi idea dan pandangan tentang isu-isu yang berkaitan.

Pelancaran Portal Anti-Penipuan Kebangsaan (National Fraud Portal – NFP)

Kuala Lumpur, 20 Ogos - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil serta beberapa Pegawai NFCC telah menghadiri Pelancaran Portal Anti-Penipuan Kebangsaan yang telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.
 
NFP merupakan kerjasama antara NSRC dengan pihak Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan industri kewangan. Inisiatif ini akan mengautomasikan dan meningkatkan keupayaan pengesanan jejak dana terbabit selain mengenal pasti individu atau kelompok keldai akaun yang terkait dengan dana yang dicuri daripada mangsa penipuan.

Bengkel Penyelarasan Penciptaan Kandungan Kreatif bagi NSRC

Pulau Pinang, 16 Ogos - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menjadi urusetia bagi Bengkel Penyelarasan Penciptaan Kandungan Kreatif bagi NSRC di Royale Chulan Hotel, Pulau Pinang. Bengkel ini telah dihadiri daripada pelbagai Jabatan/Agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Kementerian Komunikasi (KK), dan CyberSecurity Malaysia (CSM).
 
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menghasilkan kandungan bahan kempen untuk NSRC yang efektif iaitu dengan mencipta bahan kempen yang kreatif dan berkesan yang dapat menarik perhatian dan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang jenayah penipuan dan scam yang semakin berleluasa.

Forum : Combatting The Surge of Environmental Crime : Discovering Effective Strategies

Pulau Pinang, 13 Ogos - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Forum : Combatting The Surge of Environmental Crime : Discovering Effective Strategies di Royale Chulan Hotel, Pulau Pinang. Forum ini telah dihadiri oleh pakar, penggubal dasar, dan penguatkuasa undang-undang dari pelbagai agensi badan kerajaan dan bukan kerajaan.
 
Selain itu, forum ini turut membincangkan dan menganalisis mengenai cabaran utama yang dihadapi dalam menangani jenayah alam sekitar, termasuk kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang, kekurangan sumber, dan juga kerjasama antarabangsa yang terhad.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 08 September 2025, 03:28:32.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

180557
Today: 456