Select your language

Select your language

Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Select your language

Soalan Lazim
Image
Image
Image

PDRM terajui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan berkuat kuasa serta-merta - Saifuddin

 

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasmi mengambil alih peranan utama menerajui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berkuat kuasa serta-merta, sebagai langkah strategik memperkasa tindak balas negara terhadap jenayah penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan.

 

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang berkata keputusan berkenaan dicapai selepas pembentangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua minggu lalu.

 

"NSRC sebelum ini disokong empat agensi iaitu PDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Agensi Pelaporan dan Pencegahan Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC). Sebelum ini, tiada agensi yang secara jelas mengambil peranan kepemimpinan.

"Dua minggu lalu, kita sudah membentangkan kepada Perdana Menteri bahawa PDRM menawarkan diri sebagai peneraju utama dan beliau bersetuju," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, pada Rabu.

Menurut Saifuddin lagi, struktur asas agensi yang terlibat dalam NSRC akan dikekalkan, namun pengendalian operasi kini sepenuhnya di bawah PDRM, termasuk talian 997 yang kekal sebagai saluran utama.

"Kalau sebelum ini pengendalian dilakukan melalui petugas yang dilantik institusi seperti Bank Negara, kini ia akan diambil alih sepenuhnya h PDRM. Operasi NSRC dijamin 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

"Bermakna pada bila-bila masa mangsa menyedari mereka menjadi mangsa scam, mereka boleh terus menghubungi NSRC dan tindakan segera akan diambil,” katanya.

Tambah beliau, pengambilalihan itu turut disokong dengan pengisian sehingga 139 jawatan baharu bagi mengukuhkan keupayaan operasi NSRC secara menyeluruh, selain pemindahan pusat operasi daripada Bank Negara ke lokasi baharu yang akan ditentukan.

"Penyelarasan pengisian jawatan dan keperluan logistik kini sedang diuruskan antara KSU (Ketua Setiausaha) KDN dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya.

Beliau berkata, usaha terbabit bukan hanya membabitkan aspek respons, tetapi juga penelitian semula terhadap peraturan semasa serta peranan institusi perbankan dalam mempercepat tindakan membekukan akaun serta memulangkan dana kepada mangsa.

"Harapan rakyat mudah, akaun dibekukan segera, duit tak sempat lesap, kalau boleh dipulangkan. Ini fokus utama kita. Sebab itu PDRM tampil ke depan, ambil tanggungjawab penuh dengan kerjasama semua pihak," katanya.

NSRC yang diwujudkan pada 2022 adalah usaha sama antara NFCC, PDRM, BNM dan MCMC serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.

NSRC menghimpunkan sumber dan kepakaran daripada kesemua pihak bagi membanteras penipuan kewangan dengan lebih cepat dan berkesan.

 

- ASTRO AWANI

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 29 Oktober 2026, 03:55:47.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

483092
Today: 574