Soalan Lazim
Contact Us
Sitemap
Search

Search

Kunjungan Hormat daripada Bangko Ng Sentral Pilipinas

Putrajaya, 7 November - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Bangko Ng Sentral Pilipinas yang dihadiri oleh Atty. Alain Bert G. Regis, Timbalan Pengarah Kumpulan Penyiasatan dan Pendakwaan bersama Atty. Fatima Anjanette P. Ferrer, Timbalan Pengarah Penasihat Undang-Undang. Pada sesi kunjungan hormat tersebut, NFCC diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman @ Wan Abdullah serta beberapa Pegawai NFCC juga turut serta.
 
Sebagai makluman, Bangko Ng Sentral Pilipinas merupakan Bank Sentral Filipina yang bertanggungjawab atas pengaturan dan pengawasan sistem kewangan negara tersebut.
 
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk pihak Bangko Ng Sentral Pilipinas bagi mempelajari dasar sedia ada dan untuk bertukar amalan terbaik mengenai pengurusan dan penyelesaian aduan pengguna kewangan dan pencegahan penipuan kewangan serta untuk memahami peranan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dalam perlindungan pengguna kewangan, strategi inovatif, kecekapan operasi, dan kajian kes yang berkaitan dengan pencegahan penipuan kewangan, khususnya, skim kejuruteraan sosial.

CONTACT US

National Anti-Financial Crime Centre (NFCC)

Levels 5 & 6, Block 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Precinct 2 62100 Putrajaya

Email: nfcc@jpm.gov.my

Phone: (03) 8861 3830

LAST UPDATED

  • Tarikh Kemaskini: Sunday 27 April 2025, 13:41:45.

EXTERNAL LINKS

VISITOR

131693
Today: 275