Soalan Lazim
Contact Us
Sitemap
Search

Search

Kunjungan Hormat daripada Pengarah Jabatan Penguatkuasaan & Operasi Kawasan, Suruhanjaya Tenaga (ST)

Putrajaya, 14 November - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. En. Ismail Zaili bin Yusop, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan & Operasi Kawasan, Suruhanjaya Tenaga (ST). Pada sesi kunjungan hormat tersebut, NFCC diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman @ Wan Abdullah serta beberapa pegawai NFCC.
 
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk berbincang mengenai usaha-usaha pencegahan dan penguatkuasaan terhadap jenayah kewangan yang melibatkan sektor tenaga.
 
Selain itu, kunjungan hormat ini juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi maklumat, meningkatkan koordinasi dalam pengawasan serta pemantauan aktiviti yang berisiko tinggi untuk jenayah kewangan.
 
Kerjasama ini penting untuk mempertingkatkan keberkesanan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dalam sektor tenaga, di samping memastikan pematuhan kepada undang-undang yang berkaitan.

CONTACT US

National Anti-Financial Crime Centre (NFCC)

Levels 5 & 6, Block 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Precinct 2 62100 Putrajaya

Email: nfcc@jpm.gov.my

Phone: (03) 8861 3830

LAST UPDATED

  • Tarikh Kemaskini: Thursday 06 March 2025, 08:45:17.

EXTERNAL LINKS

VISITOR

113953
Today: 437