Soalan Lazim
Contact Us
Sitemap
Search

Search

Kunjungan Hormat daripada TRAFFIC International Southeast Asia (TRAFFIC)

Putrajaya, 14 Oktober - Pihak TRAFFIC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC, bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta Ybrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman @ Wan Abdullah dan beberapa Pegawai NFCC di Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
 
TRAFFIC International Southeast Asia (TRAFFIC) merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan yang aktif memperjuangkan perdagangan hidupan liar yang mampan yang mampu memberi manfaat kepada semua. Kunjungan hormat ini merupakan penanda aras di mana kedua-dua pihak mempunyai objektif dan keutamaan yang berkait rapat dalam melakukan aktiviti membanteras jenayah kewangan.
 
Pertemuan ini diadakan bagi memperkenalkan TRAFFIC dan usaha yang dilakukan untuk menangani jenayah hidupan liar dan hubungannya dengan jenayah kewangan di rantau ini dan juga di peringkat antarabangsa. Selain itu, membincangkan peluang untuk melakukan kerjasama dua hala antara TRAFFIC dan NFCC.

CONTACT US

National Anti-Financial Crime Centre (NFCC)

Levels 5 & 6, Block 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Precinct 2 62100 Putrajaya

Email: nfcc@jpm.gov.my

Phone: (03) 8861 3830

LAST UPDATED

  • Tarikh Kemaskini: Thursday 06 March 2025, 08:45:17.

EXTERNAL LINKS

VISITOR

113943
Today: 427