Soalan Lazim
Contact Us
Sitemap
Search

Search

Program Madani Rakyat 2024 Zon Sabah

Kota Kinabalu, 18-20 Oktober - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menyertai Program Madani Rakyat 2024 Zon Sabah sebagai pempamer reruai bagi Jabatan Perdana Menteri.
 
Program Madani Rakyat Zon Sabah ini adalah pengakhiran bagi Program Madani Rakyat bagi tahun 2024. NFCC terus memperkenalkan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan ataupun National Scam Response Centre (NSRC) yang merupakan pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap jenayah penipuan kewangan dalam talian. Tindak balas ini termasuk pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.
 
Di reruai pameran NFCC, pengunjung berpeluang untuk mengenali modus dan trend jenayah penipuan terkini dan cara melindungi diri mereka dari menjadi mangsa penipuan. Penglibatan NFCC dalam program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat awam tentang cara untuk menangani jenayah penipuan kewangan.
 
Selain itu, NFCC turut mengadakan sesi interaktif di mana pengunjung dapat mempelajari pelbagai trend jenayah penipuan pada masa kini yang semakin berleluasa melalui pelbagai platform media elektronik. Program ini bukan sahaja dapat memberikan pendedahan tetapi juga dapat memberi tunjuk ajar kepada pengunjung mengenai cara-cara untuk menilai situasi yang berisiko dengan lebih teliti.

CONTACT US

National Anti-Financial Crime Centre (NFCC)

Levels 5 & 6, Block 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Precinct 2 62100 Putrajaya

Email: nfcc@jpm.gov.my

Phone: (03) 8861 3830

LAST UPDATED

  • Tarikh Kemaskini: Thursday 06 March 2025, 08:45:17.

EXTERNAL LINKS

VISITOR

113939
Today: 423