Soalan Lazim
Contact Us
Sitemap
Search

Search

Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Dalam Talian (Online Scam) : "Awas Scammer ! Kami Pun Pandai Juga"

Kota Kinabalu, 20 November - Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Dalam Talian (Online Scam) : "Awas Scammer ! Kami Pun Pandai Juga" merupakan satu usaha dalam meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kes jenayah penipuan atau scam yang semakin meningkat dan berleluasa. Program pencegahan jenayah kewangan ini juga bertujuan untuk membantu masyarakat dari terjebak dalam kes berkaitan jenayah penipuan sama ada secara atas talian atau sebaliknya.
 
Program anjuran Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang diselaraskan oleh NFCC ini diadakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mensasarkan penjawat awam, bakal pesara dan pesara, pelajar tingkatan enam serta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).
 
Program ini dihadiri seramai 300 orang peserta. Program ini telah dilengkapi dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Hj. Sabin Samitah, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
 
Antara sesi yang telah berlangsung sepanjang program ini adalah tayangan montaj, pameran reruai yang terdiri daripada NFCC, PDRM, SKMM, BNM Sabah, AKPK, dan JANM, sesi forum yang bertajuk "Awas Scammer ! Kami Pun Pandai Juga", cabutan bertuah, taklimat ringkas mengenai consultation room, penyalahgunaan dadah, dan taklimat ringkas daripada AKPK Sabah.

CONTACT US

National Anti-Financial Crime Centre (NFCC)

Levels 5 & 6, Block 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Precinct 2 62100 Putrajaya

Email: nfcc@jpm.gov.my

Phone: (03) 8861 3830

LAST UPDATED

  • Tarikh Kemaskini: Thursday 06 March 2025, 08:45:17.

EXTERNAL LINKS

VISITOR

113956
Today: 440