Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad

Kuala Lumpur, 27 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman serta Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad bertempat di Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad Bangsar, Kuala Lumpur.
 
Antara agenda perbincangan pada sesi kunjungan hormat tersebut ialah bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara NFCC dan TNB bagi menangani jenayah kewangan dalam aspek operasi bersepadu dan perkongsian data.

Sembang Tamu di MACC.FM

Putrajaya, 27 Mei - YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah menghadiri temubual di Macc.fm SPRM Putrajaya mengenai pengenalan NFCC.
 
Sesi temubual ini bertujuan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan dan peranan NFCC dalam membanteras jenayah kewangan.

Penyertaan Pameran Sempena Hari Integriti UIAM 2024

Gombak, 27 Mei - NFCC sebagai penyelaras National Scam Response Centre (NSRC) telah menyertai sebagai pempamer di Pameran Sempena Hari Integriti UIAM 2024 dengan membawakan booth berkonsepkan Anti-Scam dan jenayah penipuan kewangan dalam talian. NFCC telah memberi penerangan bahaya scam, promosi talian 997 serta mengedarkan bahan2 kempen anti scam kepada lebih 2000 pengunjung yang hadir terdiri dari para pelajar dan orang awam. 

8th ICAC Symposium

Hongkong, 22 Mei - NFCC yang diwakili YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin telah menghadiri 8th ICAC Symposium iaitu platform yang menghimpunkan pakar antirasuah membincangkan cabaran, inisiatif dan strategi terkini dalam bidang antirasuah serta mengukuhkan kerjasama di kalangan agensi. Symposium ini menghimpunkan 500 peserta, 180 agensi serta 60 jurisdictions.

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM

Cyberjaya, 17 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Kamal Baharin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman serta Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cyberjaya.
 
Dalam sesi kunjungan hormat tersebut juga telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara NFCC dan LHDNM.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 26 Mei 2025, 10:04:09.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

148468
Today: 521