Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Program Ihya' Ramadan : "Ramadan Bulan Tarbiah"

Putrajaya, 11 Mac - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan Program Ceramah Ihya' Ramadan yang bertajuk "Ramadan Bulan Tarbiah". Ceramah ini adalah bertujuan menerapkan nilai murni dan akhlak baik berteraskan Al-Quran dan tauladan serta menghayati bulan Ramadan Al-Mubarak sebagai bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah.

Perkongsian Maklumat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama The UKs Foreign, Commonwealth & Development Office (FCDO)

Putrajaya, 28 Februari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC bersama pegawai NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi The UKs Foreign, Commonwealth & Development Office (FCDO) yang diketuai oleh Puan Alison Gregory (Penganalisis Kanan, ICE) bersama Encik Andrew Mackay (Pakar Awam Boleh Ditempatkan, Kewangan Haram).
 
Kunjungan hormat ini diadakan dengan tujuan perkongsian NFCC mengenai situasi dan usaha membanteras aliran kewangan haram di Malaysia. Trend semasa aliran kewangan haram, langkah pemantauan, dan penguatkuasaan. Selain itu, perkongsian FCDO mengenai inisiatif UK dalam menangani aliran kewangan haram di Asia Tenggara. Program dan model kerjasama rentas sempadan yang boleh diterapkan di Malaysia. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuhkan perkongsian maklumat, latihan bersama. pertukaran teknologi dan kepakaran pemantauan kewangan. Hasil perbincangan ini, diakhiri dengan harapan pembentukan pasukan kerja NFCC-FCDO dalam menyelaraskan kerjasama.
 
Perbincangan susulan akan dibuat untuk menilai perkembangan hasil perkongsian bersama.

Kunjungan Hormat & Perbincangan bersama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Putrajaya, 27 Februari – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri Wan Osman @ Wan Abdullah serta pegawai NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang diketuai oleh Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif Asliza Binti Ali dan pegawai kanan.
 
Kunjungan hormat ini diadakan dengan tujuan untuk kerjasama antara kedua-dua agensi dalam usaha menangani kesalahan integriti pegawai agensi penguatkuasa. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada kedua-dua agensi untuk membincangkan usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang, serta membentuk jaringan kerjasama yang lebih erat dalam mengurangkan ancaman jenayah.

Kunjungan Hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Terengganu

Kuala Terengganu, 25 Februari - NFCC telah mengadakan kunjungan hormat yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas KPKPj Hazrul Shazreen Bin Abd Yazid. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memberi pendedahan berhubung penubuhan NFCC dan fungsi-fungsinya secara am. Melalui kunjungan hormat ini juga, kedua-dua pihak dapat berbincang, bertukar maklumat, dan memperjelaskan peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam menangani isu jenayah kewangan. Melalui kunjungan hormat ini, diharapkan kerjasama yang sedia terjalin antara NFCC dengan SPRM dalam menangani kes-kes jenayah kewangan lebih erat dan berkesan.

Kunjungan Hormat ke Pejabat YB Penasihat Undang - Undang Negeri Terengganu

Kuala Terengganu, 25 Februari – NFCC telah mengadakan kunjungan hormat yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas YB Mohd Nawawi bin Haji Ismail, Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu. Dalam kunjungan hormat tersebut, NFCC dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu telah berbincang mengenai isu-isu yang berbangkit daripada peletakhakan harta tak alih yang dilaksanakan di Negeri Terengganu dan input yang diperolehi sangat bermanfaat dalam membangunkan terma rujukan/garis panduan berhubung pengurusan harta yang disita dan dilucuthak.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Selasa 10 Februari 2026, 09:17:07.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

303098
Today: 278