Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad

Kuala Lumpur, 20 Jun - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dr. Saat Shukri Embong, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad di MIMOS Berhad, Bukit Jalil Kuala Lumpur.
 
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dalam perkongsian dan pembangunan data yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan.

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)

Putrajaya, 20 Jun - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Putrajaya.
 
Tujuan lawatan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama dua hala antara agensi dalam menangani jenayah kewangan melalui perkongsian data.

Pelancaran Buku "The Sin of Corruption - A Religious Perspective"

Putrajaya, 13 Jun - YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah menghadiri majlis pelancaran buku “The Sin of Corruption – A Religious Perspective” yang merupakan penerbitan daripada Transparency International Malaysia. Majlis pelancaran buku ini telah berlangsung di PICC, Putrajaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Penerbitan buku ini adalah untuk mengupas mengenai perspektif rasuah daripada sudut pelbagai agama dimana setiap fahaman dapat memberikan ulasan dan pendapat mengenai jenayah penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

4th Malaysia Tax Policy Forum (MTPF)

Putrajaya, 11 Jun - YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah menghadiri 4th Malaysia Tax Policy Forum (MTPF) anjuran International Strategy Institute (ISI) bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya pada 11 Jun 2024 (Selasa). Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr Nizom bin Sairi, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum ini manakala Ucaptama dan Perasmian forum MTPF telah dilakukan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan.
 
Forum ini diadakan bertujuan untuk merungkai keseimbangan antara peningkatan hasil kerajaan dan menjaga kepentingan pengguna, selain memastikan pemahaman yang lebih mendalam tentang implikasi ekonomi dasar yang lebih luas. Dengan menghimpunkan gabungan pelbagai penggubal dasar, pakar industri dan pihak berkepentingan dalam forum ini, ISI berhasrat untuk memupuk pandangan yang boleh membimbing evolusi dasar cukai Malaysia ke arah ekuiti, kecekapan dan pertumbuhan yang lebih tinggi.

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara

Cyberjaya, 10 Jun - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBrs. Ts. Dr. Fazidah Binti Abu Bakar, Ketua Pengarah Digital di Jabatan Digital Negara, Cyberjaya.
Tujuan lawatan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama dua hala antara agensi selain daripada membincangkan mengenai beberapa perkara antaranya mengenai pengukuhan perjawatan bagi skim Pegawai Teknologi Maklumat dan Pegawai Data Sains di NFCC bagi tujuan pengoperasian National Financial Intelligence Sistem (NFIS) untuk penyelidikan jenayah kewangan dan perancangan pembangunan sistem aset yang sedang diusahakan.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 06 Mac 2025, 08:45:17.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

113938
Today: 422