Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Ceramah Pemantapan Pengurusan Dokumen Terperingkat

Putrajaya, 29 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan Sesi Pemantapan Pengurusan Dokumen Terperingkat. Tujuan Ceramah Pemantapan Pengurusan Dokumen Terperingkat bertujuan untuk memperkukuh pengurusan dokumen terperingkat dalam organisasi melalui pendekatan yang menyeluruh dan berkesan. Antara objektif utama adalah untuk meningkatkan Kesedaran dan Kepatuhan terhadap peraturan pengurusan dokumen rahsia. 

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad

Kuala Lumpur, 27 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman serta Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad bertempat di Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad Bangsar, Kuala Lumpur.
 
Antara agenda perbincangan pada sesi kunjungan hormat tersebut ialah bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara NFCC dan TNB bagi menangani jenayah kewangan dalam aspek operasi bersepadu dan perkongsian data.

Sembang Tamu di MACC.FM

Putrajaya, 27 Mei - YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah menghadiri temubual di Macc.fm SPRM Putrajaya mengenai pengenalan NFCC.
 
Sesi temubual ini bertujuan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan dan peranan NFCC dalam membanteras jenayah kewangan.

Penyertaan Pameran Sempena Hari Integriti UIAM 2024

Gombak, 27 Mei - NFCC sebagai penyelaras National Scam Response Centre (NSRC) telah menyertai sebagai pempamer di Pameran Sempena Hari Integriti UIAM 2024 dengan membawakan booth berkonsepkan Anti-Scam dan jenayah penipuan kewangan dalam talian. NFCC telah memberi penerangan bahaya scam, promosi talian 997 serta mengedarkan bahan2 kempen anti scam kepada lebih 2000 pengunjung yang hadir terdiri dari para pelajar dan orang awam. 

8th ICAC Symposium

Hongkong, 22 Mei - NFCC yang diwakili YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin telah menghadiri 8th ICAC Symposium iaitu platform yang menghimpunkan pakar antirasuah membincangkan cabaran, inisiatif dan strategi terkini dalam bidang antirasuah serta mengukuhkan kerjasama di kalangan agensi. Symposium ini menghimpunkan 500 peserta, 180 agensi serta 60 jurisdictions.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 06 Mac 2025, 08:45:17.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

113939
Today: 423