Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Dalam Talian (Online Scam) : HATI-HATI, SCAMMER TIDAK MENGENAL LELAH!

Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Dalam Talian (Online Scam) bertajuk HATI-HATI, SCAMMER TIDAK MENGENAL LELAH! telah diadakan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertempat di Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.
 
Program hari ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kesedaran orang awam khususnya golongan masyarakat Kuala Lumpur tentang kes jenayah penipuan kewangan yang semakin meningkat dan berleluasa.
 
Program ini juga bertujuan untuk membantu orang awam dari terjebak dalam kes berkaitan jenayah penipuan sama ada secara dalam talian atau sebaliknya. Program ini telah dirasmikan oleh wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tuan Haji Mohamad bin Hamim.
 
Turut hadir Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pengarah NFCC, YDH CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia wakil-wakil agensi dari Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Tenaga (ST), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pengarah SPRM Sarawak

Kuching, 22 Januari - Lawatan kerja Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) mengakhiri kunjungan hormat yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas KPKPj Hasbilah bin Mohamad Salleh, Pengarah SPRM Sarawak.
 
Lawatan kerja ini adalah bagi berkongsi maklumat mengenai ancaman jenayah kewangan yang semakin berkembang. Ia juga memberikan peluang untuk mempererat hubungan antara NFCC dan SPRM dalam usaha menangani kes-kes jenayah kewangan dengan lebih terkoordinasi dan berkesan.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak

Wisma Bapa Malaysia, 22 Januari - Lawatan kerja Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) mengakhiri kunjungan hormat pada hari terakhir yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.
 
Lawatan kerja ini adalah bagi memperkukuhkan kerjasama antara NFCC dan kerajaan negeri Sarawak dalam usaha pencegahan jenayah kewangan. Kunjungan ini juga bertujuan membincangkan strategi dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani jenayah kewangan di peringkat negeri, serta meningkatkan kesedaran dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan. Selain itu, ia juga memberikan peluang untuk kedua-dua pihak berbincang tentang potensi kerjasama dalam melindungi integriti dan kemakmuran ekonomi negeri Sarawak daripada ancaman jenayah kewangan.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy

Kuching, 21 Januari - Lawatan kerja Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) mengakhiri kunjungan hormat pada hari kedua yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas YBrs. Ir James Ung, Group COO Sarawak menggantikan YBhg. Datuk Haji Sharbini Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif.
 
Lawatan kerja ini adalah bagi membincangkan kerjasama dalam memperkukuhkan usaha pencegahan jenayah kewangan di sektor tenaga. Kunjungan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi ancaman jenayah kewangan yang boleh memberi impak kepada industri tenaga serta memastikan langkah-langkah pencegahan yang lebih efektif dapat diterapkan. Selain itu, ia juga memberi peluang untuk kedua-dua pihak berkongsi maklumat dan mempererat hubungan dalam menghadapi cabaran jenayah kewangan yang semakin kompleks.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation

Kuching, 21 Januari - Lawatan kerja Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) diteruskan pada hari kedua yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Abang Arabi bin Abang Aimran, yang merupakan Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation.
 
Lawatan kerja ini adalah bagi membincangkan kerjasama dalam usaha pencegahan jenayah kewangan yang melibatkan sektor perhutanan dan sumber alam. Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak, berkongsi maklumat serta meningkatkan kesedaran mengenai ancaman jenayah kewangan yang berkaitan dengan industri tersebut. Selain itu, NFCC ingin memastikan bahawa langkah-langkah pencegahan yang lebih efektif dapat dilaksanakan untuk melindungi sumber daya alam negeri Sarawak daripada kegiatan jenayah kewangan.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 08 Disember 2025, 01:59:01.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

248479
Today: 837