Putrajaya, 15 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Tuan Kamal Baharin bin Mohd Omar, Timbalan Ketua Pengarah NFCC dan Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara di Ibu Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Sesi kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara NFCC dan Jabatan Peguam Negara.