Pulau Pinang, 13 Ogos - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Forum : Combatting The Surge of Environmental Crime : Discovering Effective Strategies di Royale Chulan Hotel, Pulau Pinang. Forum ini telah dihadiri oleh pakar, penggubal dasar, dan penguatkuasa undang-undang dari pelbagai agensi badan kerajaan dan bukan kerajaan.
Selain itu, forum ini turut membincangkan dan menganalisis mengenai cabaran utama yang dihadapi dalam menangani jenayah alam sekitar, termasuk kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang, kekurangan sumber, dan juga kerjasama antarabangsa yang terhad.