Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KUNJUNGAN HORMAT TRANSPARENCY NTERNATIONAL MALAYSIA (TI-M) KE PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL (NFCC)

PUTRAJAYA, 14 Julai 2025 – YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Transparency International Malaysia (TI-M) yang diketuai oleh YBrs. Encik Raymon Ram iaitu Presiden (TI-M) bersamanya juga Encik Chew Phye Keat, Timbalan Presiden (TI-M) serta beberapa pegawai kanan organisasi tersebut.

Pertemuan ini menjadi wadah kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi inisiatif semasa, serta merintis kerjasama strategik dalam menangani modus operandi jenayah kewangan yang kian kompleks.

PROGRAM MADANI RAKYAT TERENGGANU 2025

KUALA TERENGGANU, 12 Julai 2025 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menyertai Program Madani Rakyat (PMR) Terengganu 2025 yang berlangsung dari 10 hingga 12 Julai bertempat di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Sepanjang program, NFCC membuka reruai pameran untuk mempromosikan talian kecemasan 997 dan meningkatkan kesedaran awam mengenai jenayah kewangan.

Reruai tersebut menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 1,334 pengunjung. Turut berkunjung, YBhg. Datuk Abd Shukor binti Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meninjau pengisian pameran.

Majlis perasmian PMR di negeri Terengganu telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, pada 12 Julai 2025.

KUNJUNGAN HORMAT KE YDH TAN SRI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA (DIG)

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, petang tadi.

Delegasi NFCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil bersama pegawai-pegawai kanan NFCC termasuk Tuan Wan, dan bersama pegawai kanan NFCC yang lain.


Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara NFCC dan PDRM khususnya dalam usaha memerangi jenayah kewangan dan mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

YDH Tan Sri DIG menyambut baik inisiatif ini serta menzahirkan komitmen PDRM untuk terus bekerjasama erat dengan NFCC. Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memperhalusi pelaksanaan kerjasama menerusi mesyuarat teknikal susulan yang lebih sistematik dan berkesan.

Foto oleh : PDRM RMP TV

SC InvestSmart Pahang 2025

PAHANG, 20 Jun - NFCC mewakili inisiatif NSRC telah dijemput oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi menyertai program pencegahan ini. NFCC telah membuka reruai pameran yang memperkenalkan dan mendedahkan talian pantas 997 kepada orang awam khususnya masyarakat sekitar Kuantan sempena Program InvestSmart 2025 ini.

LAPORAN PELAKSANAAN PERSIDANGAN DAN MESYUARAT PENGUATKUASAAN & PENDAKWAAN JENAYAH KOMERSIA ANTARA AGENSI 2025

PULAU PINANG, 18 Jun 2025 - Persidangan dan Mesyuarat Penguatkuasaan & Pendakwaan Jenayah Komersial Antara Agensi 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 17 hingga 19 Jun 2025 bertempat di Hotel Mercure Penang Beach, Pulau Pinang.

Persidangan ini dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa dan pendakwaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kimia Malaysia. Objektif utama persidangan ini adalah untuk memperkukuh kerjasama rentas agensi dalam menangani jenayah komersial melalui perbincangan, perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan pendakwaan.

Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil.

Program telah diisi dengan sesi pembentangan, forum serta mesyuarat teknikal yang menyentuh pelbagai aspek termasuk pengumpulan bukti, cabaran pendakwaan, penggunaan teknologi dalam siasatan, serta strategi pencegahan jenayah kewangan. Persidangan ini turut memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan isu-isu semasa serta cabaran yang dihadapi dalam menjalankan siasatan dan prosiding pendakwaan kes-kes NSRC di bawah peruntukan Seksyen 424A hingga Seksyen 424C Kanun Keseksaan.

Seramai 68 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil agensi penguat kuasa, pendakwa raya dan penggubal dasar telah hadir secara fizikal sepanjang tiga hari program berlangsung.

Platform kerjasama seperti ini akan diteruskan secara berkala dalam usaha menangani jenayah komersial yang semakin kompleks.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 05 Mac 2026, 02:08:39.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

312521
Today: 554