Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KURSUS PENGENALAN APLIKASI CANVA

PUTRAJAYA, 3 November 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan Kursus Pengenalan Aplikasi Canva dengan penglibatan seramai 30 orang peserta. Kursus ini memberikan pendedahan asas berkenaan aplikasi tersebut selari dengan teknologi terkini yang makin berkembang.

Selain itu, kursus ini bertujuan membekalkan peserta dengan kemahiran asas dalam menggunakan Canva sebagai alat reka bentuk grafik yang mudah dan efisien. Melalui kursus ini, peserta dapat memahami fungsi utama platform, termasuk cara menghasilkan bahan visual seperti poster, infografik, slaid pembentangan, kandungan media sosial dan bahan pemasaran. Selain itu, kursus ini membantu meningkatkan keupayaan peserta untuk menghasilkan reka bentuk yang kreatif dan berkualiti tinggi tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang kompleks. Kursus ini juga memupuk keyakinan dalam mereka bentuk secara profesional, seterusnya menyokong keperluan komunikasi, promosi dan penyampaian maklumat.

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN NFCC DENGAN KERJASAMA KELAB SUKAN DAN REKREASI (SURE) OPENSOFT TECHNOLOGIES SDN BHD, JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN (JWP), DAN PUSAT DARAH NEGARA (PDN)

PUTRAJAYA, 29 Oktober 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi (SURE) Opensoft Technologies Sdn Bhd, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), dan Pusat Darah Negara (PDN) telah mengadakan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Utama, Aras 1, Menara Seri Wilayah.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam aktiviti derma darah di kalangan warga kerja dan masyarakat. Inisiatif ini juga bertujuan menyokong keperluan bekalan darah di peringkat nasional, selaras dengan usaha memastikan ketersediaan darah yang mencukupi untuk rawatan perubatan, kecemasan dan program kesihatan awam. Selain itu, kempen ini berfungsi untuk memupuk budaya kesukarelawanan, tanggungjawab sosial dan kepedulian terhadap komuniti, serta memperkukuh semangat kerjasama antara organisasi dan masyarakat dalam menjayakan agenda kesihatan dan kesejahteraan rakyat. 

KURSUS KESEDARAN DAN PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

PUTRAJAYA, 28 Oktober 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan Kursus Kesedaran dan Pencegahan Gangguan Seksual di Tempat Kerja di NFCC dan telah dihadiri oleh semua warga kerja  NFCC.

Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga NFCC mengenai isu gangguan seksual di tempat kerja, termasuk pelbagai bentuk tingkah laku yang tidak wajar serta implikasinya dari segi undang-undang dan etika profesional. Kursus ini juga bertujuan membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti, mencegah, dan menangani situasi gangguan seksual secara berkesan. Selain itu, program ini berfungsi untuk memperkukuh budaya kerja yang selamat, inklusif, dan berintegriti, sambil menekankan tanggungjawab setiap individu dalam menyokong persekitaran kerja yang bebas daripada gangguan dan diskriminasi. Melalui kursus ini, organisasi juga dapat memastikan pematuhan terhadap polisi dan undang-undang berkaitan, serta meningkatkan tahap kesedaran keseluruhan mengenai kepentingan penghormatan dan profesionalisme di tempat kerja.

PROGRAM INVESTSMART 2025 MID VALLEY

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mewakili Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) untuk menyertai program kesedaran mengenai penipuan dan skim pelaburan lanjutan dari maklum balas yang positif dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada program Bersama InvestSmart @ Pahang 2025 yang telah berlangsung di East Coast Mall, Kuantan pada awal tahun ini.

Penyertaan ini dapat mendidik pelabur melalui pendedahan dalam zon pendidikan scam tetapi juga sebagai sebahagian daripada mekanisme tindak balas sebenar apabila laporan scam dibuat — menyampaikan mesej bahawa pencegahan dan respon scam adalah strategi bersepadu, bukan sahaja teori. Selain itu, pihak NFCC dapat menjalin hubungan langsung dengan orang ramai yang mungkin tidak sedar tentang risiko scam. Dengan kehadiran di zon anti-scam, sebagai wakil NSRC dapat memberi panduan segera, menjawab pertanyaan pengunjung, dan menyebarkan kesedaran tentang saluran pelaporan serta prosedur mengemukakan aduan.

MESYUARAT LEMBAGA PENASIHAT NFCC BIL. 2/2025

PUTRAJAYA, 15 Oktober 2025 – YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC Bil. 2/2025 bertempat di NFCC, Putrajaya dan telah dihadiri oleh Anggota Lembaga Penasihat iaitu terdiri daripada YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CSM, dan YBhg. Dato’ Marzunisham bin Omar, Timbalan Gabenor BNM.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Jumaat 08 Mei 2026, 10:09:41.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

364250
Today: 812