Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Timbalan Menteri

Kuching, 20 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC meneruskan Kunjungan Hormat kepada YB Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman), Kuching.
 
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan integriti dalam sistem kerajaan negeri serta mengukuhkan kepercayaan awam terhadap institusi kerajaan. Petemuan ini juga melibatkan pertukaran pandangan mengenai strategi untuk meningkatkan kesedaran awam dan sektor perniagaan mengenai risiko jenayah kewangan, serta mempromosikan budaya integriti dan ketelusan dalam urusan kerajaan dan sektor swasta.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pengarah Jabatan Hutan Sarawak

Kuching, 20 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak di Jabatan Hutan Sarawak, Kuching.
 
Kunjungan hormat ini diadakan untuk menjalinkan kerjasama dalam mencegah jenayah kewangan yang berkaitan dengan industri sumber alam, terutamanya pembalakan haram dan aktiviti yang melanggar undang-undang. Kunjungan ini juga diadakan bagi menggalakkan kerjasama antara NFCC dan Jabatan Hutan Sarawak dalam memantau aliran kewangan yang berkaitan dengan pembalakan dan aktiviti haram, serta menangani pelbagai bentuk jenayah kewangan yang melibatkan sumber hutan. Selain itu, pertemuan ini secara tidak langsung memperkukuhkan usaha bersama dalam mencegah kerugian ekonomi, melindungi alam sekitar, dan mengekang kegiatan jenayah yang merugikan negara.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Peguam Negara

Putrajaya, 15 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato' Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.
 
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan kerjasama dalam usaha pencegahan jenayah kewangan di Malaysia. Selain itu, melalui kunjungan hormat ini juga dapat berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa dan mempertingkatkan usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang, khususnya dalam menangani jenayah kewangan yang semakin kompleks.

Kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera

Putrajaya, 14 Januari - Pertubuhan Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera yang telah diketuai oleh Encik Ahmad Faiz bin Mazlan, Pengerusi Pertubuhan Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC di NFCC, Putrajaya.
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dan jalinan kerjasama antara pertubuhan NGO dan agensi kerajaan, terutamanya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu scammer yang semakin berleluasa.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Ketua Pengarah Agensi Anti dadah Kebangsaan

Kajang, 13 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik dan YBrs. Tuan Nordin bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Operasi Bersepadu serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah membuat Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato' Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan di Ibu Pejabat AADK, Kajang.
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menangani jenayah kewangan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Kedua-dua agensi ini mempunyai peranan penting dalam menangani aktiviti jenayah yang melibatkan pengaliran dana haram, pengubahan wang haram, serta pembiayaan jenayah terancang yang berkait rapat dengan penyalahgunaan dadah. Selain itu, melalui kunjungan hormat ini juga dapat bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan memperhalusi strategi bagi membanteras masalah jenayah yang melibatkan aspek kewangan dan dadah, serta memastikan tindakan yang lebih bersepadu dan efektif.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 08 September 2025, 03:28:32.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

180241
Today: 140