Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Program Pengkongsian Ilmu Bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan

Kota Bharu, 24 Februari – NFCC telah mengadakan kunjungan hormat yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas YBrs. Encik Fazrul Azan bin Mohd Basari, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan.
 
Tujuan sesi perkongsian ilmu ini adalah untuk mewujudkan platform bagi membolehkan pihak NFCC dan kerajaan Negeri bertukar-tukar fikiran berhubung peletakhakan harta tak alih yang dimohon oleh agensi-agensi penguat kuasa kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta isu-isu berbangkit. Sehubungan itu, NFCC telah memberi taklimat berhubung peranannya dalam menguruskan harta yang disita dan dilucuthak dan seterusnya disusuli dengan taklimat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan berhubung prosedur bagi melaksanakan peletakhakan yang dimohon oleh agensi penguat kuasa, serta isu-isu berbangkit termasuklah bagi tanah-tanah yang telah dikecualikan dari pemakaian Kanun Tanah Negara menurut subseksyen 4(2) Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828].

Kunjungan Horma ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan

Kota Bharu, 24 Februari – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan kunjungan hormat yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas KPKPj Rosli Bin Husain. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memberi pendedahan berhubung penubuhan NFCC dan fungsi-fungsinya secara am. Melalui kunjungan hormat ini juga, kedua-dua pihak dapat berbincang, bertukar maklumat, dan memperjelaskan peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam menangani isu jenayah kewangan. Melalui kunjungan hormat ini, diharapkan kerjasama yang sedia terjalin antara NFCC dengan SPRM dalam menangani kes-kes jenayah kewangan lebih erat dan berkesan.

Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai PenipuanDalam Talian (Online Scam): “Perang Melawan Scam : Lindungi Diri dan Keluarga Anda”

Temerloh, 18 Februari - Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Dalam Talian (Online Scam) : “Perang Melawan Scam: Lindungi Diri dan Keluarga Anda” merupakan satu usaha dalam meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kes jenayah penipuan atau scam yang semakin meningkat dan berleluasa. Program pencegahan jenayah kewangan ini juga bertujuan untuk membantu masyarakat dari terjebak dalam kes berkaitan jenayah penipuan sama ada secara atas talian atau sebaliknya. 

Program anjuran Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang diselaraskan oleh NFCC ini diadakan dengan kerjasama strategik bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh (IPD Temerloh) dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mensasarkan penjawat awam, bakal pesara dan pesara serta orang awam.

Program ini telah dilengkapi dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC dan dirasmikan oleh YDH SAC Dato’ Mohd Yusri bin Othman Pemangku Timbalan Ketua Polis Pahang.

Antara sesi yang telah berlangsung sepanjang program ini adalah tayangan montaj, sesi forum yang bertajuk “Perang Melawan Scam: Lindungi Diri dan Keluarga Anda” pameran reruai yang terdiri daripada NFCC, PDRM, SKMM, BNM, AKPK, dan Kolej Komuniti.

PROGRAM AMBANG RAMADAN DAN SESI PERKONGSIAN ILMU MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN

Putrajaya, 14 Februari - NFCC telah mengadakan majlis bacaan yasin, program Ambang Ramadan dan sesi perkongsian ilmu mengenai pengurusan kewangan.

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2025

13 Februari 2025, ADTEC, Jerantut - NFCC telah berjaya menggondol pingat gangsa dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2025 anjuran Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Ahad 14 Disember 2025, 10:09:17.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

252414
Today: 13