Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KUNJUNGAN HORMAT NFCC KE KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KOMUNIKASI

PUTRAJAYA, 21 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah serta dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Datuk Aminurrahim bin Mohamed

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang telah berpindah ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia. Terdapat juga perbincangan tentang fungsi Aplikasi Scamora sebagai platform bersepadu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam untuk memerangi penipuan dalam talian. Selain itu, garis panduan telah diberikan mengenai matlamat dan usaha Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Negara (NFCC), yang bertujuan untuk meningkatkan usaha menangani jenayah kewangan secara menyeluruh.

SESI KHAS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SARJANA SAINS SOSIAL (PENGAJIAN RASUAH), FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE NFCC

PUTRAJAYA, 14 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada FSSK, UKM yang diketuai oleh Pensyarah Pengiring, Tuan Mohamad Zaki bin Ibrahim serta pelajar-pelajar. 

Sesi ini bertujuan bagi memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar mengenai peranan, fungsi dan kerangka operasi NFCC dalam usaha membanteras jenayah kewangan. Melalui sesi ini, para pelajar dapat memahami mekanisme penyelarasan antara agensi penguat kuasa, pelaksanaan operasi bersepadu serta penggunaan sistem data berpusat dalam menyokong pencegahan dan pengesanan jenayah kewangan. Lawatan ini juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan agensi penguat kuasa, di samping meningkatkan kefahaman pelajar terhadap aplikasi praktikal ilmu pengajian rasuah dalam konteks pentadbiran dan penguatkuasaan negara.

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN KETUA PENGARAH NFCC BERSAMA TAN SRI PEGUAM NEGARA

PUTRAJAYA, 13 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara. 

Kunjungan hormat ke atas Peguam Negara selaku Pengerusi Lembaga Penasihat NFCC adalah bagi membincangkan hala tuju NFCC dalam pencegahan jenayah kewangan.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL (NFCC) KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CYBERSECURITY MALAYSIA (CSM)

CYBERJAYA, 12 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM). 

Kunjungan hormat ke atas CEO CSM selaku Anggota Lembaga Penasihat NFCC adalah bagi membincangkan kerjasama antara NFCC dan CSM terutamanya dalam pencegahan jenayah kewangan.

Turut hadir adalah Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pegawai-pegawai kanan NFCC.

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 KETUA PENGARAH PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL (NFCC)

PUTRAJAYA, 7 Januari 2026 – Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Ketua Pengarah NFCC telah diadakan dengan kehadiran seluruh warga NFCC. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan amanat tahun baharu 2026 serta pencapaian dan kemajuan terkini. YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah memberikan laporan tentang pencapaian dan kemajuan yang telah dicapai oleh NFCC pada tahun sebelumnya, serta inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan. Selain itu, majlis ini berfungsi sebagai platform untuk menggariskan strategi dan sasaran pencegahan jenayah kewangan yang akan diutamakan pada tahun 2026. Ini termasuk usaha memperkukuhkan kerjasama antara agensi-agensi penguatkuasa, institusi kewangan, dan pihak berkepentingan lain.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 05 Mac 2026, 02:08:39.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

312526
Today: 559