Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KUNJUNGAN HORMAT KUMPULAN INTEGRITI PETRONAS KE PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL (NFCC)

PUTRAJAYA, 13 Oktober 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan Integriti PETRONAS yang diketuai oleh YBrs. Tuan Mohamad Faizal Sadri, Ketua Integriti PETRONAS Kumpulan di NFCC, Putrajaya. 

Kunjungan hormat ini diadakan untuk mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua organisasi dalam usaha memerangi jenayah kewangan dan memperkukuh budaya integriti. Melalui kunjungan ini, PETRONAS berhasrat meneroka peluang perkongsian maklumat serta memahami dengan lebih mendalam peranan dan keupayaan NFCC dalam penyelarasan jenayah kewangan di peringkat nasional. Pertemuan ini juga diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama dalam penganjuran latihan, program kesedaran, dan inisiatif pencegahan jenayah kewangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan keupayaan warga kerja PETRONAS. Selain itu, kunjungan ini menjadi platform untuk berkongsi amalan terbaik dalam tadbir urus integriti serta menyatakan komitmen PETRONAS dalam menyokong usaha Kerajaan ke arah memastikan persekitaran perniagaan yang lebih telus, beretika dan bebas daripada salah guna kuasa.

KAMPUNG ANGKAT MADANI @ PERAK TENGAH

PARIT, 10 Oktober 2025 - Program Kampung Angkat MADANI (NFCC) di Kampung Tanjung Ara mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasa komuniti luar bandar melalui pelbagai inisiatif peningkatan prasarana. Projek pembaikan jalan, naik taraf kemudahan awam seperti surau dan dewan orang ramai, pembinaan jambatan baharu serta pemasangan lampu solar menjadi antara langkah nyata ke arah kesejahteraan dan kemampanan kampung.

Pada majlis penyerahan tersebut, turut hadir YB Encik Khairudin bin Abu Hanifah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, merangkap ADUN Belanja; YBrs. Encik Mohd Zaki bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah; YDH Toh Seri Bijaya, Lt. Kol. Dato’ Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Merangkap Orang Besar Jajahan Perak Tengah serta YBhg. Dato’ TPJ Ahmad Sabri bin Mohamed, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak.

LAWATAN TAPAK ONE STOP CENTRE BAGI PUSAT RESPONS PENIPUAN KEBANGSAAN (NSRC)

CYBERJAYA, 30 September 2025 - YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri (MDN), hari ini meninjau tapak One Stop Centre Pusat Respons Penipuan Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) di Cyberjaya yang bakal beroperasi tidak lama lagi.

Lawatan beliau telah diiringi oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YDH. Tan Sri Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara (DIG), YDH. CP Dato’ Rusdi bin Mohd Isa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman (PJSJK), YBhg. Datuk Zurkarnain Mohd Yasin, Timbalan Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan YBrs. Puan Zarifa Izan binti Zainol Abidin, Pengarah Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat dilindungi daripada ancaman penipuan atas talian.

PERSIDANGAN PENYELIDIKAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4 'PEMBANTERASAN RASUAH: BERTUNJANGKAN TATAKELOLA BAIK DAN PEMBUDAYAAN INTEGRITI'

 
SEPANG, 18 September 2025 – YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, telah menghadiri Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 bertemakan “Pembanterasan Rasuah: Bertunjangkan Tatakelola Baik dan Pembudayaan Integriti” yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diadakan di Movenpick Convention Centre, KLIA, Sepang, Selangor.
 

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NFCC KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF QHAZANAH SABAH BERHAD

SABAH, 3 September 2025 - Satu kunjungan hormat oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) kepada YBhg. Datuk Ahmad Rizal bin Dahli, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qhazanah Sabah Berhad telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.
 
Pertemuan yang diadakan adalah bagi membincangkan cadangan kerjasama antara NFCC dan Qhazanah Sabah Berhad bagi melaksanakan program berkaitan berkaitan jenayah kewangan dan pengukuhan integriti dalam sektor korporat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman, dan langkah pencegahan terhadap risiko penyalahgunaan teknologi kewangan.
 

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 05 Mac 2026, 02:08:39.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

315731
Today: 112