Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI AMERIKA SYARIKAT

PUTRAJAYA, 4 Disember 2025 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oeh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat dari Delegasi Amerika Syarikat yang diketuai oleh Puan Wazirah Allen, Pengarah Operasi Antarabangsa yang Berpangkalan di Miami, Florida.

Sesi ini berfungsi sebagai platform penting untuk pertukaran pandangan, pemahaman pelbagai perspektif, serta penerokaan bidang kepentingan bersama yang dapat memperkukuh usaha kolektif pelbagai pihak. Melalui perbincangan yang dijalankan, lebih banyak peluang kerjasama baharu dan pendekatan praktikal dapat dikenal pasti bagi meningkatkan keberkesanan sokongan antara agensi. Komitmen bersama ini mencerminkan keazaman untuk memperkukuh sistem kewangan antarabangsa serta membina kerjasama strategik yang memberi impak positif kepada semua pihak berkepentingan.

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN TERHADAP PELABURAN HARAM ‘#SCAMALERTSSM’

KUALA LUMPUR, 1 Disember 2025 - NFCC telah menyertai Program Kempen Kesedaran Terhadap Pelaburan Haram ‘#scamalertssm’ anjuran oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang telah diadakan di Menara SSM@KL Sentral. Penglibatan NFCC ini sebagai wakil pempamer NSRC dalam mempromosikan talian 997 di dalam program tersebut. 

Selain itu, SSM  turut menganjurkan satu sesi forum yang bertajuk Bendung Pelaburan Haram: Modus Operandi & Solusi. Sesi forum tersebut telah membincangkan antara lainnya trend dan statistik penipuan terkini serta fungsi dan peranan NSRC. Sesi forum dijayakan oleh wakil-wakil daripada SSM, PDRM, BNM dan SKMM.  

#NSRC
#997
#Jangankenascam

SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 27 November 2025 - NFCC telah mengadakan sesi perkongsian ilmu yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Timbalan Ketua Pengarah NFCC ke atas YBrs. Siti Nor Rafidah binti Saiman, Timbalan Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan.
 
Tujuan sesi perkongsian ilmu ini adalah untuk mewujudkan platform bagi membolehkan pihak NFCC dan kerajaan Negeri bertukar-tukar fikiran berhubung peletakhakan harta tak alih yang dimohon oleh agensi-agensi penguat kuasa kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta isu-isu berbangkit. Sehubungan itu, NFCC telah memberi taklimat berhubung peranannya dalam menguruskan harta yang disita dan dilucuthak dan seterusnya disusuli dengan taklimat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan berhubung prosedur bagi melaksanakan peletakhakan yang dimohon oleh agensi penguat kuasa, serta isu-isu berbangkit termasuklah bagi tanah-tanah yang telah dikecualikan dari pemakaian Kanun Tanah Negara menurut subseksyen 4(2) Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828].

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YB PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 27 November 2025 - NFCC telah mengadakan kunjungan hormat yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas YB Dato' Muzalmah binti Mustapha, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan. 

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk mewujudkan platform bagi membolehkan pihak NFCC dan kerajaan Negeri bertukar-tukar fikiran berhubung peletakhakan harta tak alih yang dimohon oleh agensi-agensi penguat kuasa kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta isu-isu berbangkit. Sehubungan itu, satu perbincangan diadakan bagi membincangkan prosedur bagi melaksanakan peletakhakan yang dimohon oleh agensi penguat kuasa, serta isu-isu berbangkit termasuklah bagi tanah-tanah yang telah dikecualikan dari pemakaian Kanun Tanah Negara menurut subseksyen 4(2) Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828]

BENGKEL CERTIFIED FINANCIAL INVESTIGATOR PROGRAM (CFIP) - SHARING OF EXPERIENCE (SOE) 2025

PORT DICKSON, 24 - 27 November 2025 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan Bengkel Certified Financial Investigator Program (CFIP) – Sharing of Experience (SoE) pada 24 hingga 27 November 2025 di Port Dickson. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC dan dihadiri oleh pegawai dari pelbagai agensi Kerajaan.

Program SoE ini merupakan komponen utama CFIP yang memberi ruang kepada peserta berkongsi pengalaman sebenar berkaitan penyiasatan kewangan merentas agensi. Perkongsian meliputi cabaran siasatan, kaedah penyelesaian, amalan terbaik, serta trend dan modus operandi terkini jenayah kewangan. Program ini turut mengukuhkan jaringan profesional, meningkatkan kefahaman operasional serta memperkukuh kerjasama rentas agensi dalam penyiasatan kewangan.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Jumaat 08 Mei 2026, 10:09:41.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

364166
Today: 728