Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

MAJLIS AMANAT YAB PERDANA MENTERI BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN/AGENSI PENGUAT KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN JENAYAH KEWANGAN

PUTRAJAYA, 28 Januari 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sebagai penganjur telah mengadakan Majlis Amanat YAB Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Penguat Kuasa Yang Berhubungan Dengan Jenayah Kewangan di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya. Majlis ini telah dilengkapi dengan ucapan amanat YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan turut dihadiri YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri bersama YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua-ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan.

YAB Dato’ Seri Anwar menyatakan dalam amanat beliau bahawa agensi penguatkuasaan masih mengalami kelemahan dalam disiplin dan tatakelola. Oleh itu, Kerajaan MADANI mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah, penyeludupan dan sebarang bentuk hubungan dengan sindiket jenayah terancang dalam usaha untuk melaksanakan perubahan struktur yang lebih besar.

YAB Dato’ Seri Anwar juga menyatakan bahawa kakitangan agensi penguatkuasaan diberi tempoh seminggu untuk menilai komitmen mereka: sama ada mereka bersedia untuk mengekalkan prestasi dan integriti atau memberi laluan kepada mereka yang lebih layak dan berkebolehan untuk memikul tanggungjawab ini.

Kerajaan MADANI menegaskan bahawa kerangka ekonomi MADANI bergantung pada tatakelola yang baik. Kerangka ini bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan negara dan martabat hidup rakyat.

KUNJUNGAN HORMAT NFCC KE KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KOMUNIKASI

PUTRAJAYA, 21 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah serta dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Datuk Aminurrahim bin Mohamed

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang telah berpindah ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia. Terdapat juga perbincangan tentang fungsi Aplikasi Scamora sebagai platform bersepadu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam untuk memerangi penipuan dalam talian. Selain itu, garis panduan telah diberikan mengenai matlamat dan usaha Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Negara (NFCC), yang bertujuan untuk meningkatkan usaha menangani jenayah kewangan secara menyeluruh.

SESI KHAS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SARJANA SAINS SOSIAL (PENGAJIAN RASUAH), FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE NFCC

PUTRAJAYA, 14 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada FSSK, UKM yang diketuai oleh Pensyarah Pengiring, Tuan Mohamad Zaki bin Ibrahim serta pelajar-pelajar. 

Sesi ini bertujuan bagi memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar mengenai peranan, fungsi dan kerangka operasi NFCC dalam usaha membanteras jenayah kewangan. Melalui sesi ini, para pelajar dapat memahami mekanisme penyelarasan antara agensi penguat kuasa, pelaksanaan operasi bersepadu serta penggunaan sistem data berpusat dalam menyokong pencegahan dan pengesanan jenayah kewangan. Lawatan ini juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan agensi penguat kuasa, di samping meningkatkan kefahaman pelajar terhadap aplikasi praktikal ilmu pengajian rasuah dalam konteks pentadbiran dan penguatkuasaan negara.

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN KETUA PENGARAH NFCC BERSAMA TAN SRI PEGUAM NEGARA

PUTRAJAYA, 13 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara. 

Kunjungan hormat ke atas Peguam Negara selaku Pengerusi Lembaga Penasihat NFCC adalah bagi membincangkan hala tuju NFCC dalam pencegahan jenayah kewangan.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL (NFCC) KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CYBERSECURITY MALAYSIA (CSM)

CYBERJAYA, 12 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM). 

Kunjungan hormat ke atas CEO CSM selaku Anggota Lembaga Penasihat NFCC adalah bagi membincangkan kerjasama antara NFCC dan CSM terutamanya dalam pencegahan jenayah kewangan.

Turut hadir adalah Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pegawai-pegawai kanan NFCC.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Jumaat 08 Mei 2026, 10:09:41.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

364166
Today: 728