Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF (JKE) BIL. 1 TAHUN 2026

PUTRAJAYA, 26 Februari 2026 – YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) NFCC Bil. 1 Tahun 2026 bertempat di Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan telah dihadiri oleh 23 agensi penguat kuasa.

SESI TAKLIMAT BERSAMA YB DATUK SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

KUCHING, 25 Februari 2026 - NFCC telah mengadakan satu Taklimat Mengenai Dasar Pengurusan Harta Yang Disita Dan Dilucuthak Dan Cadangan Pindaan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 [Akta 822] kepada YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak pada 25 Februari 2026. Taklimat ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama pegawai-pegawai kanan NFCC. 

Susulan daripada beberapa persoalan dan perkara berkaitan yang dibangkitkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak semasa taklimat yang disampaikan oleh NFCC kepada YB Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Bilangan 1 Tahun 2026 pada 10 Februari 2026, NFCC telah mengambil inisiatif dengan mengadakan taklimat bagi memberi penjelasan lanjut berhubung dasar pengurusan harta yang disita dan dilucut hak serta cadangan pindaan kepada Akta 822  bagi memastikan kefahaman yang lebih menyeluruh serta memperincikan isu-isu yang berbangkit. 

Adalah diharapkan melalui taklimat yang diadakan, dasar pengurusan harta yang akan dilaksanakan oleh NFCC mendapat sokongan penuh dan kerjasama dari negeri-negeri selaras dengan semangat federalisme seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

HARI KESELAMATAN INTERNET 2026

KUALA LUMPUR, 7 Februari 2026 - YBhg Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah hadir ke Program Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Pelancaran Program HKI 2026 ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi disaksikan oleh ribuan tetamu dan pengunjung yang hadir. Dalam ucapan, YB Menteri telah menekankan berkenaan dengan keselamatan dalam penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Tambah YB Menteri, pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan dan pencegahan termasuk pendedahan praktikal kawalan ibu bapa, perlindungan akaun digital serta langkah mengelakkan dari terkena dari penipuan atas talian.

KUNJUNGAN HORMAT TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) KE NFCC

PUTRAJAYA, 4 Februari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Ir. Ts. Shamsul Ahmad, Ketua Pengurusan Peraturan dan Pihak Berkepentingan, TNB.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara NFCC dan TNB dalam aspek pengurusan risiko dan pematuhan peraturan berkaitan kewangan. Kunjungan ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat dan amalan terbaik dalam memastikan tadbir urus yang baik serta integriti organisasi, serta menilai peluang untuk inisiatif bersama dalam meningkatkan keberkesanan pencegahan dan pengesanan jenayah kewangan.

KUNJUNGAN HORMAT CORRUPTION AND ECONOMIC CRIMES BRANCH FOR SOUTH-EAST ASIA, UNITED NATIONS OFFICE ON DRUGS AND CRIME (UNODC) KE NFCC

PUTRAJAYA, 30 Januari 2026 - YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Annika Emily Wythes, Ketua Pasukan Cawangan Rasuah dan Jenayah Ekonomi, Pejabat Serantau Asia Tenggara, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Bangkok.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara UNODC dan NFCC dalam bidang pencegahan dan penguatkuasaan jenayah kewangan. Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan amalan terbaik dalam menangani jenayah rasuah dan jenayah ekonomi, serta menilai peluang untuk pelaksanaan program bersama dan strategi pembangunan kapasiti agensi dalam meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan kewangan.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Jumaat 08 Mei 2026, 10:09:41.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

364166
Today: 728