Soalan Lazim
Contact Us
Sitemap
Search

Search

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Peguam Negara

Putrajaya, 15 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato' Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.
 
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan kerjasama dalam usaha pencegahan jenayah kewangan di Malaysia. Selain itu, melalui kunjungan hormat ini juga dapat berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa dan mempertingkatkan usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang, khususnya dalam menangani jenayah kewangan yang semakin kompleks.

Kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera

Putrajaya, 14 Januari - Pertubuhan Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera yang telah diketuai oleh Encik Ahmad Faiz bin Mazlan, Pengerusi Pertubuhan Sekretariat Kebangkitan Nusantara Sejahtera telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC di NFCC, Putrajaya.
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dan jalinan kerjasama antara pertubuhan NGO dan agensi kerajaan, terutamanya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu scammer yang semakin berleluasa.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Ketua Pengarah Agensi Anti dadah Kebangsaan

Kajang, 13 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik dan YBrs. Tuan Nordin bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Operasi Bersepadu serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah membuat Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato' Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan di Ibu Pejabat AADK, Kajang.
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menangani jenayah kewangan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Kedua-dua agensi ini mempunyai peranan penting dalam menangani aktiviti jenayah yang melibatkan pengaliran dana haram, pengubahan wang haram, serta pembiayaan jenayah terancang yang berkait rapat dengan penyalahgunaan dadah. Selain itu, melalui kunjungan hormat ini juga dapat bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan memperhalusi strategi bagi membanteras masalah jenayah yang melibatkan aspek kewangan dan dadah, serta memastikan tindakan yang lebih bersepadu dan efektif.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Ketua Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP)

Kuala Lumpur, 8 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik dan YBrs. Tuan Mohd Syahrizal Shah bin Zakaria, Penasihat Undang-Undang serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah membuat Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Tuan Ahmad Zulqarnain Onn, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP di Ibu Pejabat KWSP.
 
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan inisiatif dan langkah-langkah untuk meningkatkan perlindungan terhadap sistem kewangan serta individu yang terlibat dalam pengurusan dana persaraan. Selain itu, meningkatkan komunikasi dan pertukaran maklumat mengenai ancaman dan teknik terkini dalam jenayah kewangan, serta langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan.

Lawatan Delegasi Singapura Anti Scam Centre Pasukan Polis Singapura ke Pusat Respon Penipuan Nasional (NSRC)

Kuala Lumpur, 7 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menyelaraskan lawatan delegasi Anti Scam Centre, Pasukan Polis Singapura (ASC) ke Pusat Respon Penipuan Nasional (NSRC). Lawatan ini diadakan bagi memberi peluang kepada agensi-agensi di bawah NSRC untuk memperincikan tanggungjawab, peranan, serta cabaran yang dihadapi dalam usaha memperkukuh tindakan kolektif membanteras jenayah penipuan, sama ada di peringkat tempatan mahupun rentas sempadan.
 
Lawatan ini juga bertujuan memperkukuh pemahaman delegasi ASC mengenai pendekatan strategik dan operasi NSRC serta kolaborasi erat antara NFCC, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha yang dirancang secara berkala untuk memerangi jenayah penipuan secara menyeluruh.

CONTACT US

National Anti-Financial Crime Centre (NFCC)

Levels 5 & 6, Block 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Precinct 2 62100 Putrajaya

Email: nfcc@jpm.gov.my

Phone: (03) 8861 3830

LAST UPDATED

  • Tarikh Kemaskini: Thursday 06 March 2025, 08:45:17.

EXTERNAL LINKS

VISITOR

113938
Today: 422