Soalan Lazim
Contact Us
Sitemap
Search

Search

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy

Kuching, 21 Januari - Lawatan kerja Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) mengakhiri kunjungan hormat pada hari kedua yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas YBrs. Ir James Ung, Group COO Sarawak menggantikan YBhg. Datuk Haji Sharbini Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif.
 
Lawatan kerja ini adalah bagi membincangkan kerjasama dalam memperkukuhkan usaha pencegahan jenayah kewangan di sektor tenaga. Kunjungan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi ancaman jenayah kewangan yang boleh memberi impak kepada industri tenaga serta memastikan langkah-langkah pencegahan yang lebih efektif dapat diterapkan. Selain itu, ia juga memberi peluang untuk kedua-dua pihak berkongsi maklumat dan mempererat hubungan dalam menghadapi cabaran jenayah kewangan yang semakin kompleks.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation

Kuching, 21 Januari - Lawatan kerja Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) diteruskan pada hari kedua yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Abang Arabi bin Abang Aimran, yang merupakan Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation.
 
Lawatan kerja ini adalah bagi membincangkan kerjasama dalam usaha pencegahan jenayah kewangan yang melibatkan sektor perhutanan dan sumber alam. Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak, berkongsi maklumat serta meningkatkan kesedaran mengenai ancaman jenayah kewangan yang berkaitan dengan industri tersebut. Selain itu, NFCC ingin memastikan bahawa langkah-langkah pencegahan yang lebih efektif dapat dilaksanakan untuk melindungi sumber daya alam negeri Sarawak daripada kegiatan jenayah kewangan.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pengarah Tanah dan Survei Sarawak

Kuching, 20 Januari - Lawatan kerja Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC mengakhiri lawatan kerja dengan Kunjungan Hormat kepada YBrs. Tuan Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak di Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Kuching.
 
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan usaha pertukaran maklumat berkaitan dengan transaksi tanah yang mencurigakan atau berisiko tinggi, serta meningkatkan pengawasan terhadap aliran kewangan yang mungkin berkaitan dengan jenayah kewangan dalam sektor tanah. Selain itu, membincangkan inisiatif untuk memperkukuhkan ketelusan dan integriti dalam pengurusan tanah negeri, termasuk penggunaan teknologi atau sistem yang dapat memudahkan proses pengawasan dan pencegahan jenayah kewangan.
 
Disamping itu, pertemuan ini diadakan untuk meningkatkan kapasiti pihak berkuasa negeri dalam memahami dan mengenalpasti isu-isu berkaitan jenayah kewangan dalam sektor tanah, termasuk memberikan latihan atau kesedaran mengenai tanda-tanda penyelewengan dan pengubahan wang haram.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Timbalan Menteri

Kuching, 20 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC meneruskan Kunjungan Hormat kepada YB Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman), Kuching.
 
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan integriti dalam sistem kerajaan negeri serta mengukuhkan kepercayaan awam terhadap institusi kerajaan. Petemuan ini juga melibatkan pertukaran pandangan mengenai strategi untuk meningkatkan kesedaran awam dan sektor perniagaan mengenai risiko jenayah kewangan, serta mempromosikan budaya integriti dan ketelusan dalam urusan kerajaan dan sektor swasta.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pengarah Jabatan Hutan Sarawak

Kuching, 20 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak di Jabatan Hutan Sarawak, Kuching.
 
Kunjungan hormat ini diadakan untuk menjalinkan kerjasama dalam mencegah jenayah kewangan yang berkaitan dengan industri sumber alam, terutamanya pembalakan haram dan aktiviti yang melanggar undang-undang. Kunjungan ini juga diadakan bagi menggalakkan kerjasama antara NFCC dan Jabatan Hutan Sarawak dalam memantau aliran kewangan yang berkaitan dengan pembalakan dan aktiviti haram, serta menangani pelbagai bentuk jenayah kewangan yang melibatkan sumber hutan. Selain itu, pertemuan ini secara tidak langsung memperkukuhkan usaha bersama dalam mencegah kerugian ekonomi, melindungi alam sekitar, dan mengekang kegiatan jenayah yang merugikan negara.

CONTACT US

National Anti-Financial Crime Centre (NFCC)

Levels 5 & 6, Block 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Precinct 2 62100 Putrajaya

Email: nfcc@jpm.gov.my

Phone: (03) 8861 3830

LAST UPDATED

  • Tarikh Kemaskini: Thursday 06 March 2025, 08:45:17.

EXTERNAL LINKS

VISITOR

113933
Today: 417