Soalan Lazim
Contact Us
Sitemap
Search

Search

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Kuala Lumpur, 7 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik dan YBrs. Tuan Mohd Syahrizal Shah bin Zakaria, Penasihat Undang-Undang serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah membuat Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato' Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO di Pejabat Ketua Eksekutif PERKESO.
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengeratkan kerjasama dalam menangani jenayah kewangan, terutamanya yang melibatkan sektor sosial dan perlindungan pekerja. Kunjungan ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat, bertukar pandangan, serta membincangkan langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan dalam mengurangkan risiko penipuan dan penyalahgunaan dana sosial, termasuk melalui platform seperti Skim Keselamatan Sosial Pekerja. Perbincangan ini penting untuk memastikan integriti dan keselamatan sistem perlindungan sosial di Malaysia terjamin dan dilindungi daripada sebarang ancaman jenayah kewangan.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 7 Januari - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik, YBrs. Tuan Mohd Syahrizal Shah bin Zakaria, Penasihat Undang-Undang, dan YBrs. Tuan Hj. Mohd Fazid bin Nordin, Pengarah Bahagian Aset serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah membuat Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk menjalin hubungan dalam pertukaran data serta maklumat berkaitan pemantauan transaksi hartanah dan pengesanan pengaliran kewangan yang mencurigakan. Selain itu, meningkatkan kerjasama antara NFCC dan PTG WPKL dalam mengesan dan mencegah penggunaan hartanah untuk aktiviti jenayah kewangan.
 
Kunjungan ini secara keseluruhannya untuk mempertingkatkan usaha pencegahan dan tindakan terhadap jenayah kewangan dengan melibatkan institusi yang berperanan dalam pengawasan hartanah dan kewangan.

Kunjungan Hormat Singapore Police Force (SPF)-Anti-Scam Centre (ASC) kepada NFCC

Putrajaya, 6 Januari – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri Wan Osman @ Wan Abdullah serta pegawai NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Singapore, The Anti Scam Centre (ASC) Singapore. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh SAC Shee Tek Tze, Timbalan Pengarah Kewangan Kumpulan Penyiasat, Jabatan Hal Ehwal Komersial, Singapore Police Force (SPF)-Anti-Scam Centre (ASC).
 
Kunjungan hormat ini diadakan dengan tujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara dalam usaha menangani jenayah kewangan dan penipuan. Selain itu juga dapat bertukar maklumat, berkongsi cara yang terbaik dalam pencegahan penipuan, serta memperkenalkan strategi dan teknologi terkini untuk memerangi jenayah kewangan yang semakin kompleks. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada kedua-dua agensi untuk membincangkan usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang, serta membentuk jaringan kerjasama yang lebih erat dalam mengurangkan ancaman penipuan merentas sempadan.

Kunjungan Hormat Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ke Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)

Putrajaya, 6 Januari - Bahagian Operasi Bersepadu, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menerima kunjungan hormat daripada Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah. Delegasi ini telah disambut oleh YBrs. Tuan Nordin bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Operasi Bersepadu.

Antara perkara yang telah dikongsikan adalah fungsi dan peranan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan NFCC kepada pelajar-pelajar sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang jenayah kewangan dan kepentingan pencegahannya dalam kalangan masyarakat.

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewwangan Nasional (NFCC) dan Sesi Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Putrajaya, 3 Januari – Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Ketua Pengarah NFCC telah diadakan dengan kehadiran seluruh warga NFCC. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan amanat tahun baharu 2025 serta pencapaian dan kemajuan terkini. YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah memberikan laporan tentang pencapaian dan kemajuan yang telah dicapai oleh NFCC pada tahun sebelumnya, serta inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan. Selain itu, majlis ini berfungsi sebagai platform untuk menggariskan strategi dan sasaran pencegahan jenayah kewangan yang akan diutamakan pada tahun 2025. Ini termasuk usaha memperkukuhkan kerjasama antara agensi-agensi penguatkuasa, institusi kewangan, dan pihak berkepentingan lain.
 
Majlis ini juga telah dilengkapi dengan sesi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Ketua Pengarah NFCC dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Nazli Rasyid bin Hj. Sulong, Pengarah Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM.

CONTACT US

National Anti-Financial Crime Centre (NFCC)

Levels 5 & 6, Block 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Precinct 2 62100 Putrajaya

Email: nfcc@jpm.gov.my

Phone: (03) 8861 3830

LAST UPDATED

  • Tarikh Kemaskini: Thursday 06 March 2025, 08:45:17.

EXTERNAL LINKS

VISITOR

113724
Today: 208