Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

SIDANG MEDIA PUSAT RESPONS PENIPUAN KEBANGSAAN (NSRC)

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2025 - YBhg. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengadakan sidang media selepas menghadiri lawatan kerja ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Resonse Centre -NSRC) di Sasana Kijang hari ini.
 
Turut hadir bersama IG Dato’ Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara, Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Encik Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
 

KUNJUNGAN HORMAT TRANSPARENCY NTERNATIONAL MALAYSIA (TI-M) KE PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL (NFCC)

PUTRAJAYA, 14 Julai 2025 – YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Transparency International Malaysia (TI-M) yang diketuai oleh YBrs. Encik Raymon Ram iaitu Presiden (TI-M) bersamanya juga Encik Chew Phye Keat, Timbalan Presiden (TI-M) serta beberapa pegawai kanan organisasi tersebut.

Pertemuan ini menjadi wadah kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi inisiatif semasa, serta merintis kerjasama strategik dalam menangani modus operandi jenayah kewangan yang kian kompleks.

PROGRAM MADANI RAKYAT TERENGGANU 2025

KUALA TERENGGANU, 12 Julai 2025 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menyertai Program Madani Rakyat (PMR) Terengganu 2025 yang berlangsung dari 10 hingga 12 Julai bertempat di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Sepanjang program, NFCC membuka reruai pameran untuk mempromosikan talian kecemasan 997 dan meningkatkan kesedaran awam mengenai jenayah kewangan.

Reruai tersebut menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 1,334 pengunjung. Turut berkunjung, YBhg. Datuk Abd Shukor binti Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meninjau pengisian pameran.

Majlis perasmian PMR di negeri Terengganu telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, pada 12 Julai 2025.

KUNJUNGAN HORMAT KE YDH TAN SRI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA (DIG)

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, petang tadi.

Delegasi NFCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil bersama pegawai-pegawai kanan NFCC termasuk Tuan Wan, dan bersama pegawai kanan NFCC yang lain.


Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara NFCC dan PDRM khususnya dalam usaha memerangi jenayah kewangan dan mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

YDH Tan Sri DIG menyambut baik inisiatif ini serta menzahirkan komitmen PDRM untuk terus bekerjasama erat dengan NFCC. Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memperhalusi pelaksanaan kerjasama menerusi mesyuarat teknikal susulan yang lebih sistematik dan berkesan.

Foto oleh : PDRM RMP TV

SC InvestSmart Pahang 2025

PAHANG, 20 Jun - NFCC mewakili inisiatif NSRC telah dijemput oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi menyertai program pencegahan ini. NFCC telah membuka reruai pameran yang memperkenalkan dan mendedahkan talian pantas 997 kepada orang awam khususnya masyarakat sekitar Kuantan sempena Program InvestSmart 2025 ini.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 08 September 2025, 03:28:32.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

180233
Today: 132