Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIARA) MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA 2026

CYBERJAYA, 18 April 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah dijemput sebagai pempamer oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku penganjur program sempena Karnival Integriti dan Antirasuah (KIARA) Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2026 di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dan penglibatan NFCC sebagai pempamer bagi memperkenalkan fungsi NFCC serta memberi pendedahan berkenaan talian pantas 997 kepada para pengunjung dan seramai 318 orang pengunjung telah melawat reruai NFCC bagi mendapatkan maklumat berkaitan jenayah penipuan dalam talian (online scam) serta peranan NSRC.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi mengenai pembudayaan integriti serta mempertingkatkan kesedaran berkaitan pencegahan rasuah dan jenayah kewangan dalam kalangan generasi muda.

#JanganKenaScam
#997

SESI TAKLIMAT DASAR PENGURUSAN HARTA YANG DISITA DAN DILUCUT HAK BERSAMA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG

KUANTAN, 13 April 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pegawai kanan NFCC telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai Dasar Pengurusan Harta yang Disita dan Dilucut Hak serta Cadangan Pindaan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 [Akta 822] kepada YB Dato’ Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar, Pengarah Tanah dan Galian Pahang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan juga dihadiri oleh wakil-wakil pengurusan tertinggi daripada pelbagai agensi negeri Pahang

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pencerahan terperinci mengenai kerangka dasar pengurusan harta yang disita dan dilucut hak di bawah bidang kuasa Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC). Sesi ini juga menjadi platform rundingan bagi cadangan pindaan Akta 822 yang akan memberi impak kepada pentadbiran harta di peringkat negeri.

MAJLIS AMANAT RAYA KETUA PENGARAH NFCC & PENUTUP TADARUS AL QURAN

PUTRAJAYA, 16 Mac 2026 - NFCC telah mengadakan Majlis Amanat Raya Ketua Pengarah NFCC & Penutup Tadarus yang telah dilengkapi dengan ucapan amanat YBhg. Dato 'Sri Shamsun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC kepada seluruh warga NFCC sempena sambutan Hari Raya, di samping mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Majlis ini juga bertujuan meraikan penutup program Tadarus Al-Quran sebagai satu inisiatif penghayatan nilai-nilai Islam sepanjang bulan Ramadan, serta memupuk semangat kebersamaan, kesyukuran dan komitmen dalam melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan dedikasi.

TAKLIMAT MENGENAI DASAR PENGURUSAN HARTA YANG DISITA DAN DILUCUT HAK BERSAMA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 16 Mac 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pegawai kanan NFCC telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai Dasar Pengurusan Harta yang Disita dan Dilucut Hak serta Cadangan Pindaan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 [Akta 822] kepada YB Dato’ Dr. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam. Taklimat ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Pengarah Bahagian Integrasi dan Tadbir Urus Aset Rampasan (BITARA)

Sesi ini bertujuan memberikan penerangan dan perkongsian mengenai Dasar pengurusan harta yang disita dan dilucut hak dan mendapatkan maklum balas mengenai perkara-perkara yang melibatkan harta tak alih.

Namun begitu, sebelum perkara ini dilaksanakan, NFCC berpandangan bahawa cadangan ini perlu ditaklimatkan dan dirundingkan terlebih dahulu bersama Kerajaan Negeri.

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN: CERAMAH PERDANA "RAMADHAN YANG DIRINDUI"

PUTRAJAYA, 13 Mac 2026 - NFCC telah mengadakan Ceramah Perdana di Menara Seri Wilayah. Ceramah ini telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Elyas Ismail yang bertajuk "Ramadhan Yang Dirindui".

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Jumaat 08 Mei 2026, 10:09:41.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

364152
Today: 714